Program ini telah dijalankan pada 28 Januari 2013 yang membawa konsep Guru Penyayang. Pelaksanaan Guru Penyayang ini bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di SMK Tun Mutahir. Dengan wujudnya sikap kasih sayang ini, hubungan antara guru dan murid-murid akan bertambah erat.
Program ini bertujuan menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru. Selain itu, ianya dapat menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah dengan menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah. Program ini dapat mewujudkan keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan seterusnya menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan