Isnin, Januari 11, 2016

CERAMAH KESIHATAN : MENCEGAH HPV


Jawatankuasa Kesihatan SMK Tun mutahir telah mengadakan ceramah kesihatan berkaitan pencegahan HPV pada 11 April 2016. Ceramah ini telah disampaikan oleh panel kesihatan daerah Melaka Tengah. Ceramah ini disasarkan khusus untuk murid-murid perempuan tingkatan 1.



LDP KEDUA : PERANCANGAN STRATEGIK 2016


Pada hari Sabtu bersamaan 9 Januari 2016 telah diadakan LDP kedua bertajuk Perancangan Strategik 2016. Bengkel Perancangan Strategik ini dimulakan oleh Pn. Hjh. Ruba'yah Abu Nawas, Pengetua SMK Tun Mutahir. Dalam slot beliau, para guru didedahkan dengan cara berkesan membina perancangan strategik. Seterusnya, DP diteruskan dengan taklimat GPK Pentadbiran iaitu en. Alias bin Mahpol@Mohamad. Sebelum LDP berlabuh tirai, setiap panitia diminta untuk membuat rangka perancangan strategik 2016 mengikut panitia masing-masing.



SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SMK TUN MUTAHIR


Hari Jumaat, 8 April 2016 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah Program ini dimulai dengan bacaan Yassin oleh para guru dan murid SMK Tun Mutahir. Usai bacaan Yassin, program diteruskan dengan ceramah berkenaan kehidupan Nabi Muhammad S.A.W oleh Tn. Hj. Sajat (GPK Pendidikan Khas). Program dimeriahkan lagi dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W diiringi paluan kompang oleh pasukan nasyid. Program ditamatkan pada jam 8.10 pagi.




PENDAFTARAN KELAB/PERSATUAN DAN KELAB PERMAINAN 2016


Pada 6 April 2016 telah diadakan sesi pendaftaran kelab/persatuan dan kelab/permainan untuk semua murid SMK Tun Mutahir. Pendaftaran ini ditujukan untuk semua murid tingkatan dua hingga lima. GPK Kokurikulum mengharapkan agar pada tahun ini semua murid lebih bersemangat dan komited dengan aktiviti kokurikulum.




PROGRAM "BACK TO SCHOOL" 2016


Pada 4 Januari 2016, SMK Tun Mutahir telah terpilih  sebagai 5 buah sekolah daerah Melaka Tengah bagi menjayakan program Back To School yang dianjurkan oleh pihak polis Cawangan Melaka Tengah. Program yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pelbagai maklumat berkaitan salah laku dan akibat melakukan jenayah dalam kalangan remaja sekolah terutamanya gejala gengsterisme dan buli. Program ini telah dihadiri oleh Superitendan Shamsiah (Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti  Ibu Pejabat Polis Kontijen Melaka) yang bertindak sebagai perasmi, Ketua Balai Polis Batu Berendam dan rakan-rakan sejawat yang lain. Beliau mengharapkan supaya program ini lebih dikerap diadakan melalui ceramah atau taklimat untuk menbendung masalah disiplin dalam kalangan murid-murid. Program ini mendapat liputan oleh para wartawan dan tersiar di dada akhbar dan kaba televisyen (RTM 1).