Rabu, April 15, 2015

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Mutahir telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 8 April 2015. Kursus ini melibatkan semua murid Islam Tingkatan 2 dan 3. Kursus ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid berkenaan cara-cara menguruskan jenazah seperti memandikan, mengkafankan, solat dan mengebumikan jenazah lelaki dan perempuan. Peralatan-peralatan yang digunakan dalam pengurusan jenazah turut ditunjukkan kepada murid-murid. Kursus ini dikendalikan oleh seorang ustaz yang menjalankan tugas mengurus jenazah. Berikut antara gambar yang dirakam sepanjang kursus dijalankan :



PELANCARAN KOMUNITI ASEAN DAN BULAN AKADEMIK 2015

Pada 8 April 2015, warga SMK Tun Mutahir telah mengadakan Majlis Pelancaran Komuniti ASEAN dan Bulan Akademik 2015 peringkat sekolah anjuran bidang kemanusiaan. Pelancaran disempurnakan oleh GPK 1, En. Alias bin Mahpol diserikan dengan gimik pelancaran iaitu penyerahan watikah pelancaran diiringi perarakan bendera-bendera negara ASEAN. Majlis  juga disajikan dengan persembahan kebudayaan Malaysia dan Thailand mewakili negara-negara ASEAN. Berikut merupakan gambar-gambar semasa majlis berlangsung :





PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA

Sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka pada 2 hingga 4 April 2015 yang lalu, SMK Tun Mutahir telah menghantar seramai dua orang murid untuk menyertai Pertandingan Mewarna Kategori Sekolah Menengah Negeri Melaka. Dalam pertandingan tersebut, seorang murid telah berjaya tempat pertama (johan) sekolah menengah dengan mengalahkan murid-murid sekolah yang lain. Gan Chuin Cheat dari tingkatan 4K3 membawa pulang hamper, wang tunai dan sijil penyertaan manakala seorang lagi hanya mendapat tempat saguhati.

                                                 Gan Chuin Cheat menerima hadiah.

MAKLIS PERSARAAN GURU CEMERLANG BM : EN. MOHD NOOR BIN MD ZAM

Pada 3 April 2015, warga SMK Tun Mutahir telah mengadakan Majlis Persaraan Guru Cemerlang BM, iaitu En. Mohd Noor bin Md Zam. Beliau merupakan seorang guru yang berkaliber baik dalam bidang PdP mahupun seni dan budaya. Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan paluan kompang dan perarakan masuk guru yang diraikan. Selain dari ucapan, majlis juga diserikan dengan pertunjukan silat, nyanyian koir dan deklamasi puisi oleh wakil guru dan tetamu jemputan iaitu En. Mohamad bin Musip (IPG Kampus Durian Daun). Usai majlis, jamuan disajikan sebelum En. Mohd Noor bin Md Zam melangkah meninggalkan SMK Tun Mutahir dengan menaiki kenderaan yang berhias cantik menghantar beliau pulang ke rumah. Berikut merupakn beberapa gambar semasa majlis dijalankan :
                                 En. Mohd Noor diiringi tuan Pengetua semasa perakan beliau.


                                               Wakil guru membuat persembahan koir.


                                          Deklamasi sajak oleh Pn. Hjh. Azizzah.

                       En. Mohd Noor sedia meninggalkan perkarangan SMK Tun Mutahir.

SUKAN TARA


Baru-baru ini SMK Tun Mutahir telah mengadakan sukan tara (saringan) bagi mencari bakat-bakat baru dalam arena sukan sekolah. Program ini dijalankan pada sebelah pagi selama dua hari. Berikut merupakan gambar semasa sukan tara dijalankan :