Jumaat, Julai 27, 2012

Majlis Perasmian Penutupan Bulan PSS dan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012

Majlis ini telah diadakan dengan lancarnya pada 25 Julai yang lalu di tapak perhimpunan sekolah. Antara objektif Bulan PSS dan Bulan Membaca ini adalah untuk menyemai sikap suka membaca di kalangan warga SMK Tun Mutahir khususnya pelajar, meningkatkan kreativiti menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan menyedarkan pelajar tentang kepentingan PSS dalam proses pembelajaran.

Berikut ialah gambar-gambar di sekitar majlis:

Cikgu Muhammad Izuan sebagai pengerusi majlis

Tuan Haji Hussin bin Sirun, pengetua SMKTMu memberikan ucapannya

Adik Yee Qing Xuan menyampaikan sebuah cerita bertajuk "Musuh dalam Selimut"


Tayangan video tentang aktiviti-aktiviti Minggu ICT yang telah  dijalankan

  

Antara pelajar-pelajar yang berjaya mendapat hadiah dalam pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di sepanjang Bulan PSS dan Bulan Membaca juga di sepanjang Minggu ICT

Adik Yee Qing Xuan (gambar kiri) berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan merekacipta gambar kata-kata hikmat sempena kali yang ke-9 Karnival Persatuan Bahasa Cina Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka tahun 2012, pada 14 Julai yang lalu. Justeru itu, SMKTMu berjaya menjadi juara dalam kategori tersebut dan dapat merangkul piala pusingan. (Gambar kanan) Guru penasihat Persatuan Bahasa Cina, Puan Chin Chow Lin menyerahkan piala pusingan kepada tuan pengetua, Tn Hj Sirun bin Hussin.



Khamis, Julai 26, 2012

Ceramah Tentang Pengenalan Jenayah dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Rosle bin Mahat@Kasim

Barisan pentadbir sekolah duduk bersama dengan penceramah jemputan, Superitendan Gunarajan iaitu timbalan ketua polis, bahagian siasatan jenayah, IPK Melaka

Tuan pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun memberikan ucapannya.

Superitendan Gunarajan memberikan ceramahnya yang bertajuk "Pengenalan Jenayah dalam Kalangan Pelajar Sekolah"

Khamis, Julai 12, 2012

Latihan Kebakaran Kali Ke 2

Pelajar-pelajar bergerak ke kawasan padang untuk berkumpul

Guru kelas mengambil kehadiran pelajar

Cikgu Muhammad Izuan sibuk menulis laporan berkaitan senarai "Hilang Murid" dan "Jumpa Murid" 

Cikgu Salleh selaku guru disiplin sedang mengawal situasi



Pelajar-pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran  turut sama terlibat dalam latihan kebakaran

Cikgu Muhammad Radhi (GPK Ko-ku) sedang membincangkan sesuatu dengan  Cikgu Zawiyah

Tuan Pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun  juga turut turun padang dalam latihan kebakaran ini

Tuan Haji Ismail (GPK HEM) selaku pengerusi program ini memberikan sedikit taklimat kepada para pelajar


Guru-guru yang terlibat dalam latihan kabakaran ini

Pelajar bersurai dan masuk ke kelas masing-masing

Penyampaian Sijil Bagi Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina & Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik





Antara pelajar-pelajar yang menerima sijil bagi Pertandingan Penulisan Kreatif Bahasa Cina 2012

Cikgu Jamaliah Karim menerima sijil penghargaan daripada Tuan Pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun bagi Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Antara Kelab Rukun Negara Sekolah-sekolah Menengah 2012





Rabu, Julai 11, 2012

Kursus dan Pertandingan Mencipta Brosur

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit ICT SMK Tun Mutahir sempena Minggu ICT yang bermula di sepanjang minggu ini iaitu dari 9 hingga 13 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang ICT.

Cikgu Hamizilawati Ishak memantau aktiviti pelajar semasa pertandingan mencipta brosur ini



Antara contoh-contoh brosur yang dijadikan panduan



Pelajar menghasilkan brosur secara berpasangan


Senamrobik 1Murid 1Sukan

Pada tanggal 10 Julai 2012, program Senamrobik 1Murid 1Sukan telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sempena menyambut bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia. SMK Tun Mutahir juga tidak terkecuali dalam menjayakan program ini. Selain dapat mencergaskan badan, senamrobik ini juga secara langsung dapat menaikkan semangat patriotik di mana sukan dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Cikgu Zali sebagai pengacara majlis

Ustaz Sajat mengetuai bacaan doa sebelum senamrobik dilancarkan

Pelajar-pelajar beragama Islam menadah tangan untuk berdoa

Layar putih disediakan untuk memainkan rentak senamrobik 






Pengetua SMK Tun Mutahir, Tn Hj. Hussin bin Sirun (berbaju merah gelap) juga turun padang  bersama-sama dengan para pentadbir sekolah yang lain.





Gambar-gambar di atas menunjukkan aksi guru-guru dan pelajar-pelajar melakukan pergerakan senamrobik

Pelajar-pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran juga tidak terkecuali  dalam menyertai senamrobik ini