Rabu, Mac 30, 2011

Program Menangani Masalah Disiplin

Program Menangani Masalah Disiplin dijalankan pada 30 Mac 2011(Rabu) jam 1.10 hingga 1.30 petang yang bertempat di Bilik Tayang, SMK Tun Mutahir, Melaka.  Program ini adalah anjuran Unit HEM dan Unit Bimbingan & Kaunseling.Seramai 40 pelajar telah menyertai program ini. Antara pengisian program adalah Ceramah disampaikan oleh Inspektor Azahar dan Sarjan Mejar Jalaludin.








PROGRAM JOM SIHAT 2011

 Majlis dimulakan dengan baccan doa oleh Uzt Rosli Mahat
 En Ghaffar melancarkan gimik Jom Sihat
 Gimik Jom Sihat - Pembakaran Rokok
Majlis diserikan dengan Tarian Kesihatan

Majlis Perasmian "Program Jom Sihat" anjuran Panitia PJK SMK Tun Mutahir dirasmikan oleh En Ghaffar Bin Yahya dengan jayanya pada pagi ini. Program ini sebahagian  daripada beberapa siri program yang telah disusun di sepanjang minggu seperti pameran kesihatan dan anti rokok, ceramah dan sidang video anti rokok, kuiz kesihatan, derma darah dan lain-lain lagi.

PENILAIAN ANUGERAH KEPIMPINAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PERINGKAT KEBANGSAAN



Untuk makluman, pada hari ini satu penilaian akan dijalankan sempena SMK Tun Mutahir dicalonkan bagi Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan. Kami warga SMk Tun Mutahir mengucapkan tahniah kepada Tuan Pengetua dan mendoakan semoga berjaya.

Selasa, Mac 29, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011 Kali ke 38 Dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011

Kedatangan YB Datuk Haji Md. Sirat bin Abu, ahli parlimen Bukit Katil diraikan
AJK PIBG bergambar kenangan bersama dengan YB Datuk Haji Md. Sirat bin Abu



Suasana di dalam Dewan Mutahir

YB Datuk Haji Md. Sirat bin Abu memberikan ucapan perasmian bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 38
Tuan pengetua, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus dan Yang Dipertua PIBG, Encik Velaithan Atchutha Nair menyampaikan ucapan masing-masing


Penyampaian sijil Anugerah Kecemerlangan

Tokoh Pendidikan Khas Lelaki (bapa pelajar menjadi wakil) dan Perempuan

Pelajar Terbaik Program NILAM Sekolah

Tokoh Sukan Lelaki dan Perempuan


Sijil Penghargaan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Zolkaply Yunus atas Perkhidmatan Cemerlang Meningkatkan Prestasi Matapelajaran Matematik oleh YDP PIBG, Encik Velaithan Atchutha Nair

Sijil penghargaan kepada guru-guru atas peningkatan prestasi guru matapelajaran PMR dan SPM
Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK Tertinggi PIBG, AJK Ibubapa dan Setiausaha PIBG


Penyampaian cenderamata
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38

Cabutan bertuah

Isnin, Mac 28, 2011

Ucapan Penghargaan YDP PIBG Melalui Emel Atas Kelancaran Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 38

Aktiviti Menceriakan Sekolah

Aktiviti tersebut dijalankan pada hari Khamis, 24.3.2011 yang lalu. Guru MPV iaitu Cikgu Nazrul Fazly Che Din bersama-sama dengan pelajar-pelajar dan pekerja sekolah bekerjasama bagi menjayakan aktiviti tersebut.




Gambar-gambar Di Sekitar Latihan Kebakaran


Ujian PERMATApintar UKM1

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ yang mengukur kebolehan verbal melalui perbendaharaan kata dan penaakulan(reasoning) secara logikal.  Ujian ini berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui laman web.  Pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja yang boleh mengambil ujian ini.  Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1, sila berhubung dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.  

Sekian, terima kasih.

Khamis, Mac 24, 2011

Kursus Pembinaan Blog Pelajar

Sasaran:    Semua pelajar SMKTMu
Tempat:     Makmal komputer
Masa:        Akan diumumkan dari semasa ke semasa
Anjuran:    Unit ICT

Sila rujuk KERTAS KERJA.

Rabu, Mac 23, 2011

Kempen JOM HIDUP SIHAT

Tarikh:    28.3.2011 hingga 1.4.2011
Masa:     Rujuk Tentatif Program
Anjuran:  Panitia PJK

Sila rujuk:
Tujuan,  Matlamat dan Objektif Program
Senarai AJK
Tentatif Program

Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010

Keputusan SPM 2010 telah diumumkan pada hari ini di Dewan Mutahir kira-kira pukul 11.40 pagi tadi. Pencapaian SPM pada kali ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun 2009. Dua orang pelajar berjaya merangkul "straight" A dalam 9 dan 12 matapelajaran yang diambil oleh mereka. Penyerahan slip keputusan peperiksaan SPM disempurnakan sendiri oleh tuan pengetua, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus. Manakala Yang Dipertua PIBG, Encik Velaithan Atchutha Nair juga sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS, sila klik di SINI






Raptai Majlis Anugerah Kecemerlangan (Sesi pagi dan petang)

Tarikh:     24/3/2011
Masa:      12.00 tengahari
Tempat:   Dewan, Mutahir, SMKTMu

Semua jawatankuasa pelajar yang terlibat diminta hadir untuk persiapan akhir.

Arahan Pengetua .

Selasa, Mac 22, 2011

Latihan Kebakaran

Latihan akan diadakan pada ketentuan berikut:

Tarikh:    24/03/2011
Hari:       Khamis
Masa:      8.45 pagi

Sila rujuk:

Senarai AJK Kebakaran
Garis Panduan dan Peraturan Pelaksanaan Latihan Kebakaran
Pelan Kebakaran 1
Pelan Kebakaran 2

Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. Terima kasih

Isnin, Mac 21, 2011

Jemputan Menyertai Anugerah Harta Intelek Negara 2011



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah memperkenalkan anugerah Harta Intelek Negara sejak 2006. Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada perekacipta/pencipta harta intelek atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Sehubungan itu, guru-guru digalakkan mengambil bahagian dengan menggunakan Borang Penyertaan AHIN'11 yang boleh didapati/dimuat turun di laman web http://www.myipo.gov.my/

Tarikh akhir penerimaan penyertaan adalah pada 25 MAC 2011.

Pemberitahuan : Perubahan Waktu Serahan Yuran Pelajar

Perhatian kepada semua guru tingkatan, mulai 21 Mac 2011 waktu serahan yuran pelajar ke pejabat hanyalah pada hari Khamis bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Guru-guru tingkatan juga perlu memastikan tarikh pada resit pelajar sama dengan tarikh pada resit pejabat. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Rabu, Mac 16, 2011

Educational Management Information System (EMiS)


Guru-guru SMKTMu yang dihormati,

Anda diminta mengemaskini maklumat EMiS OnLine melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi dengan segera. Maklumat mesti dikemaskini sebelum tamat cuti semester ini. Sebarang masalah, sila berhubung dengan Puan Hajah Rozita. Kerjasama anda amatlah dihargai.

Arahan GPK 1.

Jadual Kelas Bimbingan Berfokus Tingkatan 3 dan 5

Para guru yang dihormati, sila rujuk JADUAL ini.

Surat Makluman Perubahan Jadual Aktiviti Persekolahan 2011

Para ibubapa/penjaga, sila klik di SINI

Selasa, Mac 15, 2011

Meja Kantin Berinformasi

Diminta semua ketua unit Kurikulum (Panitia), unit HEM dan unit Ko-Ku menyediakan artikel-artikel yang sesuai untuk ditampal di atas meja kantin selepas cuti semester nanti. Serahkan artikel anda kepada setiausaha kantin iaitu Puan Hasnah Seman secepat mungkin. Kerjasama anda amatlah dihargai.


Arahan Tuan Pengetua.

Ahad, Mac 13, 2011

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI 1 - 2011

Tanggal 12 Mac 2011 ( Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya LDP pertama bagi tahun 2011 yang bertajuk "Pembentangan Dan Penilaian Blog".  Matlamatnya ialah memperluaskan aplikasi ICT dalam P&P , meningkatkan lagi penggunaan blog dalam pengurusan pendidikan dan pentadbiran sekolah dan secara tak langsung meningkatkan lagi penguasaan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pentadbir dan guru-guru.

Majlis anjuran JK LDP , Unit ICT dan JK Innovasi Sekolah , telah dimulai dengan sesi pendaftaran dan diikuti dengan ceramah oleh Tn Haji Zolkaply Bin Yunus yang bertajuk " Halatuju Pembangunan Pembestarian Sekolah", ini disusuli pula dengan Jamuan dan Sambutan Harijadi Guru-Guru( Jan - Mac 2011) di kantin sekolah.
Selepas menikmat jamuan, majlis diteruskan dengan pembentangan blog oleh setiap panitia dan unit pentadbiran sekolah. Penilaian blog telah dibuat oleh barisan pentadbir bagi memilih blog yang paling menarik dan berinfomasi.