Ahad, Mei 10, 2015

LAWATAN PEGAWAI KPM UNTUK PROGRAM PISA

Sempena penglibatan beberapa orang murid SMK Tun Mutahir dalam program PISA, En. Ravi iaitu pegawai daripada Kementerian Penddikan Malaysia telah memantau persediaan murid-murid tersebut. Dalam lawatan tersebut, beliau turut memberi kata-kata nasihat kepada murid-murid yang terlibat serta mendedahkan lebih terperinci tentang PISA.



PERTANDINGAN BOLA SEPAK KAWASAN BUKIT CINA

Pasukan bola sepak B15 tahun SMK Tun Mutahir telah menjuarai pertandingan bola sepak bagi kawasan Bukit Cina.


BENGKEL DONDANG SAYANG SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA 2015

Pada 14 April 2015, bertempat di Dewan Mutahir, SMK Tun Mutahir telah mengadakan bengkel dondang sayang sebagai persediaan peserta-peserta untuk bertanding pada 28 April. Bengkel ini telah dijalankan oleh Unit Kebudayaan SMK Tun Mutahir dengan dibantu oleh En. Halim bin Abd Hadi selaku Pengerusi Teknik dan En. Zuhri bin Hassan sebagai pengurus muzik. Bengkel ini dijayakan oleh 13 buah sekolah menengah yang bertanding dengan bilangan kira-kira 74 orang peserta termasuk guru pengiring.



PROGRAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS "MENCIPTA BEG TANGAN GERGASI DARIPADA KEMEJA TERPAKAI"

Pada 14 April 2015, sempena Minggu Teknik dan Vokasional, Panitia Kemahiran Hidup telah menjalankan satu aktiviti mencipta beg tangan gergasi menggunakan kemeja-kemeja terpakai. Beberapa orang guru KH dan sejumlah murid telah berkampung di bengkel KH untuk menjahit kemeja-kemeja yang siap dipotong dengan tunjuk ajar tukang kahit yang dijemput khas. Aktiviti ini julung-julung kalinya diadakan sebagai satu alternatif meningkatkan semangat berpasukan dalam warga SMK Tun Mutahir.





PERTANDINGAN MELUKIS POSTER BANDAR MELAKA MENJELANG 2020

Pada 11 April 2015, pihak sekolah telah menghantar peserta ke Pertandingan Melukis Poster Bandar Melaka Menjlang 2020. Dalam pertandingan tersebut, peserta sekolah iaitu Gan Chuin Cheat telah memenangi tempat kelima. Beliau membawa pulang wang tunai RM 500 dan sijil penyertaan.



LDP KE-5

Pada 11 April 2015 telah diadakan satu LDP berkaitan "Etika Pegawai Perkhidmatan Awam dam Pengurusan Kurikulum". Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Rozana binti Ismail, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPN Melaka. Usai ceramah, dijalankan mesyuarat bagi panitia mengikut subjek masing-masing. berikut merupakan gambar LDP ke-5 :


                                          Pn. Rozana sedang menyampaikan ceramah beliau.

                      Tn. Hj. Nordin (Pengetua) menyampaikan cenderamata kepada penceramah.