Ahad, Mei 10, 2015

PROGRAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS "MENCIPTA BEG TANGAN GERGASI DARIPADA KEMEJA TERPAKAI"

Pada 14 April 2015, sempena Minggu Teknik dan Vokasional, Panitia Kemahiran Hidup telah menjalankan satu aktiviti mencipta beg tangan gergasi menggunakan kemeja-kemeja terpakai. Beberapa orang guru KH dan sejumlah murid telah berkampung di bengkel KH untuk menjahit kemeja-kemeja yang siap dipotong dengan tunjuk ajar tukang kahit yang dijemput khas. Aktiviti ini julung-julung kalinya diadakan sebagai satu alternatif meningkatkan semangat berpasukan dalam warga SMK Tun Mutahir.





Tiada ulasan: