Isnin, Mac 26, 2012

Pelancaran Program Minggu Antidadah & Kempen Anti Merokok



Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab di dalam diri murid mengenai bahaya dadah /  rokok serta memberikan Pendidikan Pencegahan Dadah dari peringkat sekolah.


Antara objektifnya adalah untuk memperkembang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah dan juga untuk menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.


Tetamu jemputan duduk bersama-sama dengan para pentadbir sekolah


Majlis diacarakan oleh Cik Afiqah

Ucapan oleh pengetua SMKTMu, Tn. Hj. Hussin b. Sirun

Ucapan oleh Encik Loh Che Cheong, pegawai Pencegahan Pendidikan Dadah (PPDa), Jabatan Pelajaran Melaka mewakili Tn. Hj. Manan b. Umar (ketua unit PPDa JPM)


Penyerahan bahan edaran bahaya dadah dan rokok kepada GPK HEM, Tn. Hj.  Ismail b. Abdullah

Penyampaian cenderahati kepada Encik Loh Che Cheong yang disampaikan oleh tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin b. Sirun


Penyampaian hadiah kepada wakil pelajar yang mendapat naib johan dalam pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu peringkat Melaka Tengah. Pasukan ini layak  meneruskan cabaran ke peringkat negeri Melaka. Pasukan ini terdiri daripada : Ng Kean Shing, James Yong Teck Keong, Amyrah Nasuha binti Badrin, Mohd Irsyad b. Samser, Che Mohd Zakaria Shukri b. Mohd Zamri dan Siti Nuramira bt. Zainudin. Syabas diucapkan kepada mereka dan juga guru pembimbing, Cikgu Muhammad Noor dan Cikgu Muhamad Izuan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-39, Sesi 2011/2012




Ketibaan YB Datuk Hj. Yunos b. Husin




Ucapan perasmian oleh YB Datuk Hj. Yunos b. Husin,
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam  Sekitar merangkap ADUN Ayer Molek


Kiri : Ucapan oleh YDP PIBG, Encik Velaithan a/l Atchutha Nair
Kanan : Ucapan oleh pengetua SMKTMu, Tn. Hj. Hussin bin Sirun

Antara pelajar-pelajar cemerlang yang menerima sijil

Penyampaian sijil kepada Pelajar Terbaik Pendidikan Khas

Penyampaian sijil Peningkatan Prestasi Guru Matapelajaran PMR dan SPM
Pelajar cemerlang PMR 2011

Penyampaian hadiah dan sijil kepada pelajar cemerlang SPM 2011


Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG bagi sesi 2011/2012
Penyampaian cenderahati kepada YB Datuk Hj. Md. Yunos b. Husin

Soal jawab dan perbincangan

Barisan AJK tertinggi dan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2012/2013


Cabutan bertuah

Khamis, Mac 22, 2012

Kempen Anti Buli

Buli merupakan gejala sosial yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik seseorang mangsa buli. Justeru itu, SMK Tun Mutahir melancarkan Kempen Anti Buli pada 19 Mac 2012 yang lalu yang mana seluruh warga pelajar SMKTMu telah berikrar untuk menghindari tingkahlaku buli di sekolah dan mengamalkan sikap positif sepanjang masa.

Ucapan perasmian



Bacaan ikrar Anti Buli




Penyampaian pingat kepada pelajar yang menyertai pertandingan sepak takraw bawah 18 tahun kawasan Bukit Cina, Peringkat Negeri Melaka. Berjaya mendapat tempat ke 4. Pelajar-pelajar tersebut ialah Mohd Nafis, Muhd Shukor, Muhd Amyrul dan Muhd Asri. Tahniah diucapkan kepada mereka.

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agong PIBG SMKTMu 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 41

Kejohanan Balapan Dan Padang Kali Ke 41 MSSN Melaka Kawasan Bukit Cina berlangsung pada 20 hingga 22 Mac 2012 ini merupakan ajuran bersama SMK Tun Mutahir dan SJKC Pay Fong 2. Kejohanan ini diadakan di SMK Seri Kota Jalan Air Leleh.

Untuk makluman semua,  acara perasmian telah dilangsungkan pada 22 Mac 2012 oleh Encik Chai Chee Keong ,  Guru Besar SJKC . Beliau berharap agar acara ini dapat berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi  dan harmoni.demi merelisasikan kecemerlangan sukan negara kita.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang acara tersebut berlangsung:


Banner Publisiti Kejohanan

Ucapan Perasmian oleh En Chai Chee Keong

Lafaz Ikrar oleh wakil pelajar

Taklimat kepada pegawai kejohanan

Guru-guru data sibuk mengurus maklumat dan peralatan

  
Gandingan Juruacara yang mantap

Melontar peluru


Melempar cakera
 Penyampaian Hadiah
 Sebahagian daripada penonton yang hadir
 Para peserta sibuk menyokong sekolah masing-masing

Rabu, Mac 21, 2012

PENCAPAIAN SPM 2011 YANG MEMBANGGAKAN


 Analisis Bilangan Calon Cemerlang SPM 2011


Keputusan SPM 2011 telah mencatat sejarah bagi SMK Tun Mutahir kerana berjaya melahirkan 6 orang pelajar cemerlang yang mendapat semua A. Pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang itu. Sesungguhnya pencapaian mereka itu telah membanggakan pihak sekolah dan secara tidak langsung telah mengharumkan nama sekolah.
 
Tahniah diucapkan kepada:
1. Muhammad Zariffuddin Bin Zainuddin
2. Chong Pik Wei
3. Keu Pei San
4.Ema Marlyna Binti Syaiful
5.Loh Hui Yi
6. Lee Shing Kuan

Sekitar Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2011
Tuan Pengetua sedang memerhatikan keputusan SPM 2011
yang sedang dianalisis
Emmm... sibuk mencari keputusan pelajar cemerlang

Guru-guru sedang asyik mengasingkan keputusan SPM
Pelajar-pelajar  kebanggaan sekolah bergambar bersama Tuan Pengetua
 
Pelajar sedang berdebar-debar mengambil keputusan masing-masing