Ahad, Januari 31, 2010

PROGRAM WACANA INKLUSIF


SAJAK KHAS UNTUK YAB. DATUK MOHS ALI BIN MOHD RUSTAM

'ARKITEK PEMBANGUNAN MELAKA - SUATU PENGIKTIRAFAN"



MELAKA SEJARAHNYA SUATU PUSAKA
KHAZANAH MENIMPA RUANG SEMESTA
KETURUNAN KERAJAAN BERDAULAT TERCATAT CERITERA
SEPANJANG GENERASI KISAHNYA DITITIP LAGENDA
TEGAK MENJUNJUNG MARTABAT BANGSA
HIKAYATNYA MENJANA WARISAN PUSTAKA
NEGERI ULUNG TUNGGAK MEGAH PERSADA

MENYUSUR LIKUAN ZAMAN PAHLAWAN PERKASA
HANG TUAH LIMA HATI BERSAUDARA
LAMBANG KEBERANUAN SEHAGAT JELATA
TUNJANGNYA BERDIRI BERPAKSI BUDAYA
JIWA PERWIRA TEGAP BERKOBAR SASA
TERPAHAT MENELUSUR KESINAMBUNGAN WARGA
KEMASYURAN MENGETUK SEGENAP PELOSOK DUNIA
WASILAH SEJARAH TERSURAT TERMETERAI WARTA
MELAKA TAPAK WARISAN DUNIA SEMERBAK MELATA

KEMAJUAN TERSERLAH BERGEMERLAPAN CAKERAWALA
ZAMAN BERLALU BERSILIH TERAJU KETUA
PINTAR MENYUSUR TADBIR AGENDA
TANAH BERSEJARAH INI DINOBAT SEGEMILANG MAYA
RIMBUNAN WARISAN DERETAN BUDAYA
DIPUPUK- PELIHARA DALAM SATU NADA
DISULAM KEMODENAN RENTETAN PEREDARAN MASA
MELAKA MAJU MENJURUS HALA
TERJALIN SEIMBANG DIAPIT WARISAN SAKA

PEMBANGUNAN PESAT MENGORAK RANCAK DIJANA
KEKAYAAN BERTEBAR ANUGERAH RAHMAT NIKMAT BERSAMA
SEGAK BERDIRI GAGAH SEORANG LAKSAMANA
GERAK HATINYA BERJIWA ARKITEK PENCIPTA
JAUH PANDANGAN BERMATLAMAT SAUJANA
BICARA KATANYA KUNCI SUMBER DAYA USAHA
KESOHORAN MELAKA TIDAK SEKADAR CERITA PURBA
IMPAK SEJARAH GEMILANG NEGERINYA DI PERAGA
KEBIJAKSANAANNYA MENGINTAI ASET HARTA
MISI DAN VISINYA TAMPAK MENUJU NYATA
WAWASAN MENGANJAK MELAKA KE MERCU JAYA
JELAS TERPAMPANG PADA GERBANG TUJUH PETALA

BENAK TAJAMNYA BERLEGAR MENARI DI KOTAK MATA
BIDANG PELANCONGAN MENONJOL KEUNTUNGAN LABA
DIUNDANG PEDAGANG LUAR MELABUR MENAJA
DAN TERSERGAMLAH MERCU-MERCU TANDA
TEGAK MENUJAH LANGIT ANGKASA
LANTAS PERIHAL TANAH INI TANAH MELAKA
GEGARNYA MENGGAMIT MINAT ANTARABANGSA

ARKITEK PEMBANGUNAN MELAKA
TERUS GIGIH TEGAK MELIGAT AKALNYA
KEINTELEKTUALANNYA MEMBINA KEMASYURAN TANAH PUSAKA
TIADA PERNAH TANDUS IDEA MENYUMBANG JASA
AZAMNYA TANAH MELAKA DIPACU KE PUNCAK SINGGAHSANA
UMPAMA SLOGAN TERCIPTA LAKSANA
"DISINI SEGALA-GALANYA BERMULA"
DAN DISINI SEORANG ARKITEK BERFIKIRAN SARJANA
DATUK SERI HJ. MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM TERSOHOR NAMANYA
TIADAKAN HILANG SENGAT BERBISA
WALAU DISUSUR MELILIT AKAR SERBA
TIADA KAN LEKANGPERMATA TINTANYA


HASIL KARYA
CIKGU MOHD. NOOR B. MD ZAM
SMK TUN MUTAHIR

MAJLIS MAKAN MALAM PEMIMPIN BERSAMA PIBG, GURU-GURU, INSTITUSI PENDIDIKAN DUN AYER KEROH

TARIKH : 27 JANUARI 2010
MASA : 8 MALAM

EN. MOHD. NOOR B. MD ZAM MENYAMPAIKAN SAJAK NUKILANNYA KEPADA YAB. DATUK SERI HJ. MOHD ALI B. MOHD RUSTAM

SMK TUN MUTAHIR MENDAPAT 2 ANUGERAH PADA MALAM ITU:
  1. PENCAPAIAN TERBAIK DALAM BIDANG KOKURIKULUM SM
  2. ANUGERAH PENINGKATAN TERBAIK PMR 2009
SERTA MENDAPAT TAJAAN SATU TAHUN AKBAR MELAKA HARI INI


BERJUMPA KAWAN LAMA....


SEBAHAGIAN DARIPADA PERSEMBAHAN PADA MALAM ITU

WARGA SMK TUN MUTAHIR YANG BERTUAH

Khamis, Januari 21, 2010

PENDAFTARAN AHLI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

TEMPAT : DATARAN MUTAHIR
TARIKH : 20 JAN 2010

CIKGU SALEH MEMBERIKAN ARAHAN KEPADA PELAJAR SUPAYA BERBARIS MENGIKUT KUMPULAN PAKAIAN SERAGAM MASING-MASING...



SETIAP PASUKAN PAKAIAN SERAGAM WAJIB MEMPUNYAI AHLI SATU MALAYSIA SUPAYA DAPAT MEREALISASIKAN HARAPAN NEGARA...


EH..KALAU PUTERI ISLAM MACAM MANA NAK SATU MALAYSIA...
EMM...NAMPAKNYA ADA YANG BERKECUALI...

TAZKIRAH NINGGU INI...

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampunkan dosa-dosanya walau sebanyak buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya


DARI TAFSIR HANAFI

Isnin, Januari 18, 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS 2010

TARIKH : 18 JAN 2010
TEMPAT : DATARAN TUN MUTAHIR
YDP PIBG TELAH MERASMIKAN PELANTIKAN PENGAWAS 2010 PADA KALI INI

PENGETUA MENYAMPAIKAN AMANAT YANG BERGUNA KEPADA PARA PENGAWAS SUPAYA MENJALANKAN TUGAS DENGAN JAYANYA TAHUN 2010 INI


PARA PENGAWAS MEMBACA IKRAR PENGAWAS

SUMBANGAN LAPTOP DARI INFENION...

TARIKH : 15 JAN 2010
HARI : JUMAAT

SMK TUN MUTAHIR TELAH MENDAPAT SUMBANGAN 8 UNIT LAPTOP DARIPADA INFENION MELAKA.

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DI UCAPKAN

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2010

TEMPAT : KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN AYER KEROH
TARIKH : 15 & 16 JAN 2010

PENGETUA MERASMIKAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2010

BARU SAMPAI DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN AYER KEROH

LDK - PELAJAR DIMINTA MENYIAPKAN TUGASAN PADA WAKTU YANG DI TETAPKAN

BERSEMANGAT PARA PENGAWAS BERMAIN FUTSAL. HARAPAN SATU MALAYSIA TERCAPAI, SEMUA BERSATU DALAM SATU KUMPULAN.
MULA-MULA MALU..LEPAS ITU MACAM TAK MAHU BERHENTI PULA..

Isnin, Januari 11, 2010

SAJAK KHAS SEMPENA PERPISAHAN EN ZAINAL BIN LAJIS




KAU TINGGALAKAN RINDU DI SINI
IZINKAN AKU
MENATAP SEBAK DI DADAMU
UNTUK KUTULIS SIMFONI LAGU
PADA SEPI PERGUNUNGAN SENDU

BERIKAN AKU
SEKADAR SEKELUMIT WAKTU
AKU INGIN SEBENTAR MELAYAN SEMBILU
KERANA AKU TAHU
MASA TERKENANG BERANGKAT LALU
TIADA KESEMPATAN MINTA DI TUNGGU

LANGKAH-LANGKAHMU TERTINGGAL DI PINTU
KAMI KUTIP KENANGAN ITU
SATU DEMI SATU
DAN KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU
KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU
NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU

KUTAHU SUDAH MAKNA
PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA
KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA
MENCARI DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA
LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA

KUTAHU SUDAH
AKAN KAU MENGALIH ARAH
LEMBARAN INGATAN MEWARNA SEJARAH
TITIPAN MASA LAMPAU MENITI TERJAH
SEKUJUR KAMI AKUR MENGAKU PASRAH
WALAU DISINI KERINGATMU MASIH BASAH
PASTI ADA GERIMIS GUGUR KE TANAH
MEMBASAHI PELOSOK LIMBAH

PUDARLAH SENYUM DAN TAWA
SEMYUMMU PENGUBAT DUKA
TANDUSLAH PENDAPAT KATA
PENDAPATMU PENCETUS MINDA
PUPUSLAH JUA PETAH BICARA
BICARAMU MENJANA JAYA
SAMARLAH LANGKAH-LANGKAH PERKASA
LANGKAH NAN BERTATAH JASA

PADA SELURUH PERSADA HATI-HATI PILU
KAMI TEGUR MENGINTAIMU
KERANA MASIH PANAS JEJAKMU
MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU
NATIJAHNYA...DISINI KAU TINGGALKAN RINDU
BUAT KAMI MENGGAPAI MERCU

MOHD NOOR MD ZAM
10/01/10
SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN
EN. ZAINAL BIN LAJIS - MANTAN GPK KOKU
SEBAGAI GPK MEN SMK PADANG TEMU


MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ZAINAL


BERGAMBAR KENANG-KENANGAN BERSAMA PARA PENTADBIR



DIIRINGI DENGAN BUNGA MANGGAR DAN PALUAN KOMPANG


ENAM TAHUN BERSAMA SMK TUN MUTAHIR,JASAMU AMAT DI KENANG. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA DARI WARGA SMK TUN MUTAHIR


video