Selasa, Februari 14, 2012

Majlis Perasmian Perlantikan Pengawas 2012

Majlis ini telah berlangsung dengan lancarnya pada 13 Februari 2012 bersamaan hari Isnin yang lalu. Inspektor Azhar bin Othman iaitu PRO Polis Sekolah telah dijemput khas bagi merasmikan majlis ini. Beliau telah berbesar hati bagi menyampaikan ucapan perasmiannya dan juga menyampaikan sijil perlantikan kepada para pengawas bagi tahun 2012. Pengawas yang dilantik meliputi pengawas am sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, pengawas koperasi sekolah dan pengawas SPBT sekolah.


Tuan pengetua, Tuan Haji Hussin bin Sirun menyampaikan ucapannya.

Inspektor Azhar bin Othman menyampaikan ucapan perasmian.

Pembacaan ikrar pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas, Ivy Ang.


Penyampaian sijil perlantikan pengawas.



Penyampaian cenderamata kepada Inspektor Azhar oleh Tuan Haji Hussin.




Suasana di Sekitar Karnival PIBG, 11/02/2012




Guru-guru SMK Tun Mutahir yang hadir bagi memeriahkan suasana di karnival tersebut. Duduk di kanan sekali ialah GPK 1, Puan Hajah Kamariah binti Othman.

Pelajar SMK Tun Mutahir bertanding bagi acara nyanyian "Dondang Sayang"