Khamis, April 26, 2012

Majlis Persaraan Encik Jamil bin Naseh & Encik Dawud bin Ahmad, 24 April 2012





Ucapan daripada GPK 1, Pn. Hjh. Kamariah binti Othman


Ucapan staf yang diraikan, Encik Jamil bin Naseh dan Encik Dawud bin Ahmad


Persembahan guru " Alkisah Bang Jamil Bang Dawud",
persembahan Sayembara Puisi dan Lagu, dan nyanyian lagu solo daripada pelajar.




Sesi penyampaian hadiah daripada pelajar-pelajar , guru-guru dan staf sokongan



Isnin, April 23, 2012

Kursus Kepimpinan Ko-Kurikulum, Sabtu 21 April 2012



Pendaftaran peserta-peserta

Ice breaking (Sesi pembahagian kumpulan)

Majlis dipengerusikan oleh Cik Siti Nurhanes binti Zailani (Gambar atas kiri)
Manakala doa dibacakan oleh Tn. Hj. Abd Razak bin Baba (Gambar atas kanan)
Duduk dari kiri : GPK Koku, Encik Muhammad Radhi bin Masah
Tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun dan
Penceramah jemputan

Encik Muhammad Radhi bin Masah memberikan ucapan alu-aluan (Gambar kiri).
Tn. Hj. Hussin bin Sirun memberikan ucaptama dan merasmikan Kursus Kepimpinan Ko-kurikulum bagi tahun 2012 (Gambar kanan)

Ceramah dan aktiviti yang dijalankan



Gotong-royong Membanteras Nyamuk Aedes, Sabtu 21 April 2012







Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, 31 Mac 2012 (Kompleks Belia Ayer Keroh, Melaka)










Acara Merentas Desa Peringkat Sekolah, 28 Mac 2012


Sesi memanaskan badan sebelum acara merentas desa dimulakan

Peserta-peserta bersedia di garisan permulaan. Mereka kelihatan tidak sabar untuk memulakan larian.


Hon permulaan dilepaskan oleh tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun

Acara merentas desa bermula




Antara pemenang-pemenang yang mendapat hadiah

Jumaat, April 20, 2012

Johan Pertandingan Melukis Peringkat Negeri Melaka

Semua warga SMK Tun Mutahir mengucapkan tahniah  dan syabas kepada Yee Qing Xuan (4 Sains 1) di atas kejayaan menjadi johan pertandingan tersebut dalam kategori menengah atas. Untuk makluman semua , pertandingan tersebut diadakan pada 6 April 2012 bertempat di Dewan MITC, Ayer Keroh Melaka. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing PSV iaitu Pn Azizah Md Shah. Syabas....


Isnin, April 09, 2012

SAYEMBARA PUISI DAN LAGU PERINGKAT NEGERI 2012

Pada 6 April 2012 (Jumaat ) SMK Tun Mutahir telah berjaya mengelolakan Sayembara Puisi Dan Lagu Peringkat Negeri 2012 bertempat di MITC bersempena Karnival Pendidikan dan Pesta Buku Melaka 2012. Tujuh buah sekolah bertanding bagi merebut tempat mewakili negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan. Tahniah diucapkan kepada johan iaitu  SMK Iskandar Shah, Jasin Melaka.
Kepada pasukan sekolah  - jangan putus asa dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Berikut antara gambar-gambar menarik semasa pertandingan tersebut:-


Barisan Tetamu Jemputan

Para Hakim
Barisan Hakim Musik

Barisan Hakim Penjaga Masa

Persembahan Peserta Pertandingan

Johan Sayembara - SMK Iskandar Syah

SMK Intergrasi Selandar - Kedua

SMK Ayer Keroh - Ketiga

Penyampaian Cenderahati oleh Tn Pengetua

Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2012

Bertemakan "Menjiwai Kecemerlangan Menuju Kejayaan" Majlis Pelancaran Bulan Akademik 2012 telah dirasmikan oleh En Mansor Bin Kasim ( Nazir Sekolah merangkap YDP PIBG SMKTMU) dengan jayanya.  Dengan matlamat mencapai kejayaan cemerlang dalam semua bidang terutama dalam peperiksaan PMR dan SPM 2012, semua warga SMKTMU perlu menjiwai budaya ilmu sepanjang hayat dan mengusai ilmu secara global. 

Majlis anjuran Bidang Bahasa, Bidang Sains dan Matematik serta Bidang Teknik Dan Vokasional akan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang bulan  demi melahirkan pelajar yang sentiasa berusaha meningkatkan kecemelangan dalam akademik. Minggu Bahasa Melayu mengambil tempat pada minggu pertama(2-6 April), diikuti dengan Minggu Bahasa Inggeris(9-14 April), Minggu Sains dan Matematik(17-21 April) dan diakhiri dengan Minggu Teknik Dan Vokasional(23-28 April)

Berikut gambar-gambar aktiviti sekitar majlis:-

Ucapan Alu-aluan Tn Pengetua
Ucapan Perasmian oleh En Mansur Bin Kassim
NYDP PIBG SMK Tun Mutahir
Barisan Pentadbir bersama En Mansur Bin Kasim
Gimik Pelancaran Bulan Akademik
Persembahan Pelajar - Kumpulan Puisi dan Lagu
Model Pelancaran Bulan Akademik 2012

                                      Persembahan Khas Oleh Pelajar-pelajar Pendidikan Khas
Penyampaian Cenderahati Kepada En Mansur