Sabtu, Ogos 04, 2012

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012

Bagi menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini, SMK Tun Mutahir telah menjemput Profesor Madya Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohd Diah, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan dari Jabatan Ketua Menteri Melaka untuk melancarkan  Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 1 Ogos 2012 yang lalu. Sambutan bulan kemerdekaan ini telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah dengan kerjasama beberapa panitia yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik telah dirangka untuk memeriahkan suasana bulan kemerdekaan di samping dapat menyemai semangat patriotik di kalangan warga SMK Tun Mutahir.