Isnin, Februari 28, 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Peneraju Program Inovasi 2/2011

Tarikh:   1 Mac 2011
Hari:      Selasa
Masa:    2.00 petang
Tempat:  Makmal komputer SMKTMu

Sila rujuk Surat Panggilan Mesyuarat
Harap maklum.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul di padang sekolah
 


Barisan pentadbir SMK Tun Mutahir

Pelancaran Tabung
Pemenang lakaran sepanduk, Najwa Asilah bt. M. Shamsuddin dari kelas 3 Ixora


Johan persembahan powerpoint

Naib Johan persembahan powerpoint

Anugerah Tokoh Pelajar, Nur Azneena Azhar dari kelas 5SN

Anugerah Tokoh Pekerja, Imam Hashim bin Haji Abd Rahman
Anugerah Tokoh Guru, Puan Latifah bt Hassan

Para pelajar berhimpun di dalam Dewan Mutahir

Taklimat JK Mesyuarat Agung PIBG ke 38 SMKTMu 2011 (sesi petang)

Tarikh:    2 Mac 2011
Masa:      11.30 pagi
Tempat:   Bilik tayang, SMKTMu

Semua staf sesi petang dijemput hadir.

Mesyuarat JK Kewangan SMKTMu 1/2011

Tarikh:    28 Februari 2011
Tempat:  Bilik tayang SMK Tun Mutahir

Masa:     2.00 petang

Sila rujuk Surat Panggilan Mesyuarat
Harap maklum.

Khamis, Februari 24, 2011

Program Sekolahku Syurgaku 2011

Tarikh:       Februari hingga Julai

Hari:           Rabu

Masa:        11.00 pagi - 12.30 tengahari (sesi petang)
                  2.00 - 3.30 petang (sesi pagi)

Tempat:     Dinding bangunan dan tembok SMK Tun Mutahir

Penganjur: Panitia Pendidikan Moral bersama Unit Ko-kurikulum SMKTMu

Sila klik LAMPIRAN

Program Kuiz Pemurnian Sahsiah

Tarikh:  25 Februari 2011

Masa:    7.30 - 8.45 pagi (sesi pagi)
             5.30 - 6.30 petang (sesi petang)

Tempat: Sila rujuk LAMPIRAN

Anjuran: Panitia Pendidikan Moral

Aktiviti gotong-royong, 19 Februari 2011



Rabu, Februari 23, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2011

Tarikh: 25 Februari 2011
Masa:  7.20 - 8.45 pagi (sesi pagi)
           5.30 - 6.30 petang (sesi petang)
Tempat:  Dewan Mutahir, SMKTMu
Anjuran:   Panitia Pendidikan Islam

Sila layari blog Panitia Pendidikan Islam untuk maklumat lanjut.

Penangguhan Mesyuarat Kantin Kali Pertama 2011

Mesyuarat ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu ke satu tarikh yang lain.
Harap maklum.

Selasa, Februari 22, 2011

Jumaat, Februari 18, 2011

Sekolah Ganti pada hari Sabtu, 19 Januari 2011

Sekolah akan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu, 19 Januari 2011 mengikut jadual hari Selasa  kerana menggantikan cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Harap maklum.

Khamis, Februari 17, 2011

Makluman kepada Guru-guru

Taklimat Perlaksanaan Acara Merentas Desa SMK Tun Mutahr 2011

Tarikh:  22 Februari 2011
Hari: Selasa
Tempat: Bilik Tayang
Masa:  1.45 petang (sesi pagi)
            11.30 pagi (sesi petang)

Tarikh cadangan acara merentas desa

Tarikh: 2 Mac 2011
Hari: Rabu
Masa: 3.00 - 6.00 petang
Tempat: Padang SMK Tun Mutahir

Rabu, Februari 16, 2011

Surat Jemputan Mesyuarat Unit Bimbingan & Kaunseling Kali Pertama 2011

Pelancaran Program NILAM dan Blog Pusat Sumber Sekolah



Majlis pelancaran telah selamat disempurnakan pada hari Isnin, 14 Februari yang lalu oleh Tuan Pengetua, Haji Zolkaply bin Yunus. Diharapkan program NILAM ini dapat membantu para pelajar meningkatkan penguasaan dan perbendaharaan bahasa mereka, sama ada dari segi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ataupun kedua-duanya. Manakala blog Pusat Sumber Sekolah sudah boleh dilayari di pautan ini http://pss-smktmu.blogspot.com/

Majlis Pelantikan Pengawas 2011

Tuan Pengetua, Haji Zolkaply bin Yunus memberikan ucaptamanya dalam majlis ini.

 Pembacaan ikrar pelantikan 224 orang pengawas yang diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah iaitu Muhammad Zarifuddin Zainuddin.


Penganugerahan watikah pelantikan kepada ketua pengawas sekolah, ketua pengawas pusat sumber sekolah, ketua pengawas koperasi sekolah dan ketua pengawas SPBT sekolah oleh Tuan Pengetua.



Tuan Pengetua bergambar kenangan dengan guru penasihat koperasi sekolah iaitu Puan Zawiyah bte Mohamad dan pengawas-pengawas koperasi sekolah.

Kursus Pengurusan Kepimpinan Ko-kurikulum 2011




Kursus ini telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 12 Februari yang lalu. Kursus ini bertujuan membina sikap kepimpinan didalam diri pelajar-pelajar yang telah terpilih menerajui organisasi-organisasi ko-kurikulum di SMK Tun Mutahir seperti persatuan, kelab, badan beruniform dan lain-lain. Diharapkan mereka mampu menjadi pemimpin yang berkaliber dalam menguruskan organisasi mereka kelak.

Hari Terakhir Puan Norfariza di SMK Tun Mutahir


Gambar-gambar diatas menunjukkan detik-detik terakhir Puan Norfariza bte Ruslan, Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dari Unit PPKI SMK Tun Mutahir sebelum berpindah ke SK Padang Temu yang bermula pada hari Isnin, 14 Januari 2011. Warga SMK Tun Mutahir khususnya PPKI SMK Tun Mutahir mengucapkan "Selamat Maju Jaya" kepada Puan Norfariza di tempat yang baru....

Sabtu, Februari 12, 2011

ATURCARA MAJLIS PERLANTIKAN PENGAWAS 2011

Tarikh   : 14 Februari 2011 (Isnin)
Waktu  :  7.30 Pagi
Tempat : Tapak perhimpunan,SMK Tun Mutahir

7.30 pagi : Pelajar berkumpul di tapak perhimpunan


7.45 pagi : Ketibaan Pengetua Tn Haji Zolkaply Bin Yunus
                 (Perasmi Perlantikan Pengawas 2011)

8.00 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
                 Nyanyian Lagu Melaka Maju Jaya
                 Nyanyian Lagu Sekolah

8.05 pagi : Bacaan Doa oleh Ustaz Hj Abd Razak B Baba

8.15 pagi : Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Zolkaply Bin Yunus

8.30 pagi : Ikrar Pengawas

8.35 pagi : Menerima ikrar oleh Tuan Pengetua

8.40 pagi : Penyampaian sijil kepada para pemimpin murid oleh
                 Tn Hj Zolkaply Bin Yunus

8.50 pagi : Majlis Bersurai

Jumaat, Februari 11, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H


SMK Tun Mutahir mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432H kepada guru-guru, kakitangan, dan pelajar-pelajar yang beragama Islam

Makluman untuk Guru-guru SMK Tun Mutahir

Salam 1M.

1. Pohon kerjasama guru-guru untuk memasukkan RPT ke dalam blog panitia masing-masing. Semua pentadbir diminta untuk menyemaknya melalui blog.

2. Pohon kerjasama GPK-GPK, Ketua-ketua Panitia dan Ketua Unit yang bertanggungjawab menguruskan kewangan untuk menyediakan Perancangan dan Perbelanjaan Panitia/Unit masing-masing dan akan dibentangkan dalam mesyuarat JK Kewangan dalam masa terdekat.

Terima kasih atas kerjasama.

Pengetua


Dipetik dari blog Pengetua SMKTMu, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus

Jawatankuasa Kursus Pengurusan Kepimpinan Ko-Kurikulum 2011

Tarikh:   12 Februari 2011
Hari:       Sabtu
Masa:     7.30 pagi - 3.30 petang
Tempat:  Dewan Mutahir, SMK Tun Mutahir

Pengerusi
Tuan Haji Zolkaply bin Yunus - Pengetua SMK Tun Mutahir

Timbalan Pengerusi 
En Muhd Radhi bin Masah - GPK Kokurikulum

Naib Pengerusi 
Pn Hajjah Kamariah bte Othman - GPK 1
En Ghaffar bin Yahya                     - GPK HEM
Pn Manja bte Md Doli                    - GPK Petang

Setiausaha
Pn Duzaimah bte Kamaruddin

Bendahari
Cik Tan Kwee Tung

AJK Sambutan
En Khairuddin bin Ahmad
EN Zakaria bin Ahmad

AJK Pendaftaran
Cik Hamidah bte Jaafar 
Pn Zaida bte Mat Yasin
Cik Shafina Farveen bte Abd Rahman 

Bacaan Doa
Ustaz Abd Razak bin Baba
AJK Siaraya
En Abdul Khalek bin Haji
En Nazrul Fazly bin Che Din

AJK Penyediaan Tempat dan Dewan
En Zahari bin Jusoh
En Nor Hisham bin Muhammad
En Zambri bin Abu
En Lee Kok Kong

AJK Buku Program
Pn Norazila bte Zakaria
Cik Nurul Ezzah bte Roslan

AJK Fotografi, Dokumentasi dan Blog
En Abd Kadir bin Idris
Cik Sadiah binti Kamar

AJK Kain Rentang
Pn Rozita bte Mohd Saad
AJK Sijil Pelajar
Pn Lim Kim Chu
Pn Kok Ah Cheng
Cik Nurul Wahida bte Muhammad
Cik Aniha bte Ahmad

AJK Cenderamata dan Alatan (Fail dan Bahan Bercetak)
Pn Hamizilawati bte Ishak
Pn Khatirina bte Mohd Shah
Cik Mahazawati bte Mat Husin

AJK Jamuan
PAGI:
Pn Syariffa Gayah bte Abdullah
Cik Joyce Tan Pei Fong
Pn Tuan Siti Noor Aini bte Tuan Harun

MAKAN TENGAHARI:
Pn Siti Rokhana bte Osman
Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty

MINUM PETANG:
Pn Noorazlina bte Sidek
Pn Fazilah Husin @ Mohd Hashim
Pn Chu Shi Harn

Pengacara majlis
SLOT 1 DAN 2:
Cik Siti Nurhanes bte Zailan 

SLOT 3 DAN 4:
Pn Nur Fadiah bte Muhammad

AJK Ice breaking
Pn Siti Mariam bte Hj Husin
Cik Abby Lim Sze Chia
Cik Nor Aisah bte Mohd Rosdi
En Muhammad Izwan bin Rejab

Khamis, Februari 10, 2011

Jawatankuasa Majlis Perlantikan Pengawas 2011

Tarikh : 14 Februari 2011
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SMK Tun Mutahir

Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat                             :  Tn Hj Zolkaply Bin Yunus (Pengetua SMKTMu)
Pengerusi                             :  En Ghafar Bin Yahya (GPK HEM)
Naib Pengerusi I                 :  En Mohammad Radhi Bin Masah (GPK Koku)
Naib Pengerusi II                :  Pn Hjh Kamariah Bt Hj Othman (GPK 1)
Setiausaha                           :  Cik Abby Lim Sze Chia (Guru B&K)
Penolong Setiausaha       :  En Kairuddin Bin Ahmad (Guru B&K)
                                                   Pn Zurinawati Bt Mustaffa (Guru B&K)
Penyelaras                           :  En Saleh Abdul Wahid

AJK Kecil

Persiapan Tempat
En Kamarudin Bin Abu Bakar (K)
Pn Li Zhen Ying
Cik Hamidah Bt Jaafar
Pn Nor Haslinda Bt Kamisan

Buku Program
Cik Abby Lim Sze Chia (K)
Pn Norazilla Bt Zakaria

Juruacara
En Zakaria Bin Ahmad (K)
En Rosle Mahat @ Kassim

Bacaan Doa
Ustaz Hj Abdul Razak Bin Baba

Jurugambar
En Abdul Kadir Idris

Sijil
Pn Punitha Rajinram (Pengawas Sekolah)
Pn Noor Aini Bt Mohammad (Pengawas PSS)
Pn Zawiyah Bt Mohamad (Pengawas Koperasi)
Pn Rohana Bt Mamat (Pengawas SPBT)
Raptai
En Zali Bin Mat Yasin (K)
En Asmadi Bin Saringat
Pn Siti Rokhana Bt Osman

Kawalan Disiplin
En Chong Nyong Soon (K)
En Chua Kai Huat
Pn Mah Kin Peng
Cik Nurul Ezzah Bt Roslan

Siaraya
En Nazrul Fazly Bin Che Din (K)
En Yussup Bin Ismail

Laporan & Dokumentasi
Pn Zurinawati Bt Mustaffa
En Khairuddin Bin Ahmad
Cik Abby Lim Sze Chia

Perhimpunan Bulanan Pasukan Pakaian Seragam kali Pertama 2011


Pasukan Puteri Islam berbaris dan memberikan tabik hormat kepada Tuan Pengetua, Haji Zolkaply bin Yunus


Pasukan-pasukan pakaian seragam lain yang terlibat 

Antara pemenang-pemenang pertandingan membuat kad Tahun Baru Cina yang paling kreatif anjuran Panitia Pendidikan Moral
Tuan Pengetua memberikan ucapan beliau. Gambar di bahagian kiri adalah antara guru-guru yang hadir di perhimpunan pada kali ini.


Selasa, Februari 08, 2011

Mangsa banjir di Johor dan Melaka berkurangan

08/02/2011 10:00am

JOHOR BAHARU 8 Feb. - Seramai 24,528 orang daripada 6,047 keluarga masih berada di pusat pemindahan banjir di empat daerah di Johor pagi ini.

Kesemua mangsa di daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Ledang itu ditempatkan di 91 pusat pemindahan, demikian menurut portal rasmi kerajaan negeri Johor, www.johordt.gov.my.

Sementara itu, di MELAKA seramai 189 mangsa banjir yang berada di dua pusat pemindahan di daerah Jasin, pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata, sehingga pukul 7 pagi ini, seramai 159 orang daripada 35 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu manakala 30 orang daripada sembilan keluarga di Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat. - Bernama

Sumber: Utusan Malaysia Online. Sila klik di SINI

Selasa, Februari 01, 2011

BANJIR : Bilik Gerakan SMK Tun Mutahir Bertindak

Selasa, 1 Februari 2011 - Apabila bencana banjir berlaku, SMK Tun Mutahir sekali lagi menjadi pusat penempatan banjir bagi memberikan penempatan dan perlindungan sementara kepada mangsa-mangsa banjir dari kawasan sekitar. Bilik gerakan banjir SMK Tun Mutahir telah dibuka pada pagi tadi dan menerima seramai 128 orang mangsa banjir.

Mangsa banjir tersebut terdiri daripada 20 buah keluarga. Pecahan mangsa banjir mengikut kaum adalah seramai 112 orang kaum Melayu, 16 orang kaum India dan tiada kaum Cina yang terlibat. Manakala pecahan mengikut gender; perempuan 60 orang dan lelaki 68 orang. Kebanyakkan mangsa datang dari kawasan Taman Merdeka dan ada juga dari Taman Angkasa Nuri.

Bantuan makanan dan minuman telah disalurkan oleh pihak berkuasa manakala pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar tenteranya dengan kekuatan 2 buah trak tentera bagi menghulurkan khidmat bantuan menyediakan makanan secara bergotong-royong. Para guru dan staf SMK Tun Mutahir juga telah turun padang bergilir-gilir selama 24 jam sehari untuk membantu dan meringankan beban mangsa banjir.

40,140 Mangsa Banjir di Empat Negeri Berpindah

KUALA LUMPUR - Seramai 40,140 mangsa banjir dari empat buah negeri dipindahkan sejak kelmarin.
Johor mempunyai mangsa banjir paling ramai dipindahan selain Melaka, Negeri embilan dan Pahang.

Di Johor, seramai 39,304 mangsa membabitkan 8,879 keluarga dipindahkan ke 241 pusat penempatan banjir berikutan banjir besar yang melanda negeri itu semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Johor memberitahu, daerah Segamat paling terjejas apabila 12,064 mangsa dipindahkan dan difahamkan, semua laluan masuk ke Segamat ditutup ekoran banjir melanda bandar tersebut.

Di Kluang, katanya, seramai 11,273 mangsa dipindahkan dan 50 pusat pemindahan sementara dibuka termasuklah di Kluang Baru, Kampung Gajah, Seri Lalang, Paloh, Kahang, Layang-Layang dan Simpang Renggam.

"Di Johor Bahru, pemindahan mangsa membabitkan 7,557 orang daripada 1,959 keluarga dari Kampung Bentara, Kampung Oren, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Pasir dan Kampung Paya Kenangan.
Sementara itu, di Jempol, Negeri Sembilan pula kira-kira 100 penduduk meninggalkan kediaman mereka selepas dinaiki air dalam kejadian banjir petang semalam.
Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Kemas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Norzilah Basiran berkata, mangsa rata-rata dari Palong 1 selamat dipindah ke pusat pemindahan pada pukul 5 petang.

Di Melaka, lebih 198 penduduk di beberapa kampung sekitar Asahan dan Nyalas di daerah Jasin di sini dipindahkan ke kawasan selamat selepas rumah mereka ditenggelami air sedalam hampir satu meter.
Sehingga pukul 7 malam semalam, seramai 198 penduduk daripada 45 keluarga dari Kampung Relau, Kampung Sungai Dua dan Kampung Abby, Asahan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Asahan.

Di Kuantan, Pahang, seramai 538 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara di empat daerah negeri ini ekoran hujan lebat dan banjir semalam.
Daerah-daerah yang terjejas ialah Raub, Bentong, Maran dan Rompin.
Dalam pada itu, enam perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) kawasan Timur dan Selatan dibatalkan ekoran banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

Sumber : Kosmo! Online...Sila klik di SINI