Selasa, 1 Februari 2011 - Apabila bencana banjir berlaku, SMK Tun Mutahir sekali lagi menjadi pusat penempatan banjir bagi memberikan penempatan dan perlindungan sementara kepada mangsa-mangsa banjir dari kawasan sekitar. Bilik gerakan banjir SMK Tun Mutahir telah dibuka pada pagi tadi dan menerima seramai 128 orang mangsa banjir.
Mangsa banjir tersebut terdiri daripada 20 buah keluarga. Pecahan mangsa banjir mengikut kaum adalah seramai 112 orang kaum Melayu, 16 orang kaum India dan tiada kaum Cina yang terlibat. Manakala pecahan mengikut gender; perempuan 60 orang dan lelaki 68 orang. Kebanyakkan mangsa datang dari kawasan Taman Merdeka dan ada juga dari Taman Angkasa Nuri.
Bantuan makanan dan minuman telah disalurkan oleh pihak berkuasa manakala pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar tenteranya dengan kekuatan 2 buah trak tentera bagi menghulurkan khidmat bantuan menyediakan makanan secara bergotong-royong. Para guru dan staf SMK Tun Mutahir juga telah turun padang bergilir-gilir selama 24 jam sehari untuk membantu dan meringankan beban mangsa banjir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan