Rabu, Jun 30, 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK TUN MUTAHIR KALI KE 36


Pada 26 Jun 2010 ( Sabtu ) bertempat di Padang SMK Tun Mutahir, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Olahraga SMKTMu kali ke 36. Majlis dimulai dengan perhimpuan peserta dan pegawai, diikuti dengan para jemputan dan ibubapa. Perasmian telah dilakukan oleh YBHG. En Roslan Bin Hj. Hussin , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Negeri Melaka. Antara tentatif program ialah Perarakan Lintas Hormat, Nyanyian Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya, Ucapan Alu-aluan Pengerusi Kejohanan, diikuti dengan Upacara Perasmian Pembukaan Kejohanan, Selepas itu, majlis diteruskan dengan upacara naik bendera dan bacaan ikrar kejohanan, dan Perbarisan Keluar. Seterusnya ialah persembahan oleh pelajar sidang petang dengan tarian Satu Malaysia bersempena Sukma 2010. Akhirnya penyampaian cenderahati dan Jamuan VIP.

Kejohanan diteruskan dengan acara-acara balapan peringkat akhir yang menyaksikan persaingan sengit antara peserta dan sokongan rumah-rumah sukan. Kejohanan diserikan lagi dengan acara Tarik Tali antara pegawai, guru dan ibubapa dan cabutan bertuah.

Setelah semua acara selesai, Upacara Perasmian Penutupan telah dilakukan oleh En. Velaithan Atchutha Nair ( Pengerusi PIBG SMK Tun Mutahir). Ini disusuli dengan penyampaian hadiah-hadiah pemenang. Tahniah kepada mereka yang telah berjaya mencipta kejayaan dan tak lupa kepada semua yang telah menyumbangkan khidmat untuk menjayakan kejohanan olahraga pada kali ini.


Khamis, Jun 24, 2010

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH - SARINGAN

HARI : SELASA DAN RABU
MASA : 3-5 PETANG
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SMK TUN MUTAHIR









Acara saringan semperna sukan tahunan sekolah tahun ini berjalan lancar selama dua hari. walaupun pada hari kedua iaitu hari rabu, hujan lebat dipagi hari tidak menghalang dari acara terus berlangsung. Terima kasih kepada para guru, atlet, pasukan pengakap serta pasukan PBSM sekolah. Terima kasih juga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak.
diharap acara sukan sekolah sabtu ini akan lebih meriah lagi.

SEMINAR DAN BENGKEL PETA MINDA

TEMPAT : DEWAN SMK TUN MUTAHIR
ANJURAN : PARLIMEN BUKIT KATIL DAN PNI NEURON