Selasa, Mei 31, 2011

Perkhemahan Pakaian Seragam Sekolah 2011

Buat julung-julung kalinya Perkhemahan Pakaian Seragam Sekolah 2011 telah diadakan pada 27-29 Mei 2011 bertempat padang sekolah SMK Tun Mutahir.  Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan , maka program ini dirancang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa dan negara.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan diharapkan para pelajar dapat memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah diri yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya bangsa yang relavan dengan perkembangan semasa.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang perkhemahan tersebut:-
 Sesi Bergambar Bersama Pengetua  dan YDP PIBG

 Malam Apresiasi Seni

 Masakan Rimba

 Menyiapkan Gajet

Pengantin Rimba

Tahniah kepada unit berinform yang telah memenangi tempat pertama dalam 10 acara pertandingan yang diadakan. Tak lupa untuk PBSM yang memenangi Pasukan Terbaik Keseluruhan.Yang kalah jangan putus asa cuba lagi. Tahniah dan terima kasih  kepada semua yang terlibat.


Isnin, Mei 30, 2011

Program Motivasi Lambaian Kasih 2011

Program Motivasi Lambaian Kasih Indahnya Iman - Sentuhan Nurani 2011 anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Tun Mutahir dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri, Melaka telah berjaya dijalankan pada 27-28 Mei 2011 bertempat di Masjid Saidina Ali , Bukit Katil , Melaka.
 Aktiviti-aktiviti  dalam kumpulan

 Amali Solat menjadi perkara utama diambilberat

Dengan objektif meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar kepada ibubapa serta Yang Maha Pencipta ALLAH SWT, melahirkan pelajar berakhlak yang menghayati ajaran Islam dan patuh kepada syariat serta menanamkan sikap menghormati guru dan menjalankan peranan mereka sebagai murid yang bertanggungjawab pada diri, keluarga dan sekolah.

Khamis, Mei 26, 2011

Program Menggapai Impian (D.U.I.T) 2011

Program Menggapai Impian (D.U.I.T) anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin SMK Tun Mutahir untuk murid Cina Tingkatan 5 telah berjalan dengan lancar pada 26 Mei 2011(Khamis) di dewan sekolah  bermula 7.45 pagi hingga 10.50 pagi.  Program ini telah dikendalikan oleh En Au Yong dari Technical Resource And Internship Network (T.R.A.I.N).

Manakala,  Program Menggapai Impian ini bagi  murid India Tingkatan 5  diadakan di Bilik Tayang.


 

Program Menggapai Impian (D.U.I.T) 2011

Program Menggapai Impian yang bertema Daya, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (D.U.I.T) anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin SMK Tun Mutahir untuk murid Melayu Tingkatan 5 telah berjalan dengan lancar pada 25 Mei 2011(Rabu) dari pukul 8 hingga 11 pagi atas kerjasama semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Pelatih Bimbingan & Kaunseling.  Program ini telah dijalankan di dewan sekolah.



Selasa, Mei 24, 2011


Tahniah diucapkan kepada Tn Pengetua di atas kejayaan berganda sebagai Pengetua Cemerlang DG52 dan Anugerah  Kepimpinan Dalam ICT (Ke 3 Peringkat Kebangsaan) . Semua warga SMK Tun Mutahir turut berbangga dan berkongsi kejayaan tersebut.







JAMUAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA 2011 ANJURAN BERSAMA KELAB KELUARGA DAN PIBG





Julung-julung kali sambutan Hari Pekerja dan Hari Guru 2011 disambut bersama bagi menunjukkan hubungan silaturahim antara guru dan staf sokongan. selain itu upacara sambutan harijadi bagi staf sokongan yang lahir pada bulan Januari hingga Mei turut diadakan sekali. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis:-

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU 2011 SMK TUN MUTAHIR

Ahad, Mei 15, 2011

16 Mei Diraikan......Terima Kasih, Cikgu....

Ehsan dari Utusan

Ehsan dari www.cikgudahlia.com

Ehsan dari  www.izoblog.com

Sambutan Hari Guru 2011 peringkat kebangsaan akan diadakan di Kuching, Sarawak pada 16 Mei ini. Tema Hari Guru pada tahun ini adalah "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"


Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2011

Warga SMKTMu sangat berbangga dan mengucapkan tahniah kepada Tuan Pengetua, Hj. Zolkaply bin Yunus di atas kejayaan beliau merangkul tempat ketiga untuk anugerah tersebut.

Tahniah kepada Pengetua SMKTMu Di Atas Anugerah Pengetua Cemerlang


Baru-baru ini, Pengetua SMKTMu, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus telah menerima surat Pengetua Cemerlang daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Melaka, Puan Hajah Juliah bte Haji Leman.

Warga SMKTMu mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pencapaiannya dan kami berdoa semoga beliau sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.Amin....

Sabtu, Mei 14, 2011

Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Kategori Menengah Bawah Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Peringkat Negeri Melaka

Tahniah kepada Yee Qing Xuan (3I) kerana telah berjaya mendapat Naib Johan Pertandingan Melukis Poster Kategori Menengah Bawah Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Peringkat Negeri Melaka yang  diadakan mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh/Hari   :14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa Pertandingan bermula: 8.30 pagi
Tempat: Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka

Kami dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir mengucapkan tahniah kepada peserta.

Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri Melaka

Seramai 2 orang murid telah terpilih untuk menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri Melaka anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Melaka (JPM) yang telah diadakan mengikut ketentuan berikut:
Tarikh/Hari: 9-12 Mei 2011/ Isnin - Khamis
Tempat     : Asahan

Rabu, Mei 11, 2011

Program Remaja Sihat

Program Remaja Sihat merupakan program anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Pendidikan Moral dengan kerjasama Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia.  Program ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 12 Mei 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi - 1.10 petang
Tempat : Dewan SMK Tun Mutahir
                Gelanggang Bola Keranjang
Sasaran : 100 orang murid Cina Tingkatan 3 & 4

Sila rujuk kertas cadangan.

Selasa, Mei 10, 2011

Sambutan HARI GURU dan HARI PEKERJA Peringkat Sekolah

Tarikh:    16 Mei 2011
Hari:        Isnin
Masa:     7.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat:  Tapak perhimpunan SMKTMu dan Dewan Mutahir
Tema pakaian:   Tradisional (Satu Malaysia, warna bebas) 


Jamuan Sambutan Hari Guru dan Pekerja


Tarikh:    16 Mei 2011
Masa:     12.00 tengahari
Tempat:  Dewan Mutahir


Semua guru dan staf sokongan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan

Tarikh:    12 Mei 2011
Hari:        Khamis
Masa:      2.00 petang
Tempat:  Bilik tayang


Jawatankuasa yang terlibat dikehendaki hadir.

Ahad, Mei 08, 2011

Di Sekitar Kejohanan Bola Baling MSS Negeri Melaka 2011

 Selasa, 3 Mei 2011
Pengetua SMK Tun Mutahir selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Baling MSS Melaka 2011 iaitu Tuan Haji Zolkaply bin Yunus hadir bagi memeriahkan kejohanan (gambar atas, berdiri dua dari kanan). Pasukan Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun bersiap sedia bagi memulakan permainan (gambar bawah)

Antara jawatankuasa yang menggemblengkan tenaga di sepanjang kejohanan ini (dua gambar di atas dan kiri). Aksi-aksi pasukan yang berentap di padang (gambar kanan).
 Rabu, 4 Mei 2011
GPK Ko-Ku SMK Tun Mutahir selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Baling MSS Melaka 2011 iaitu Encik Muhammad Radhi bin Masah bergambar bersama dengan Encik Zali bin Mat Yasin (gambar atas, kiri). Pendaftaran pasukan (gambar atas, kanan). Sesi memanaskan badan sebelum berentap (gambar bawah, kiri).
Mempamerkan aksi terbaik bagi merebut piala kejohanan.
 Khamis, 5 Mei 2011
Tuan Haji Daud bin Abdull, ketua sektor pengurusan dan pembangunan kemanusiaan dari Jabatan Pelajaran Melaka hadir bagi merasmikan penutupan kejohanan (duduk di tengah).

Pose-pose menarik di sepanjang kejohanan.
GPK 1 SMK Tun Mutahir selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Bola Baling MSS Melaka  2011 iaitu Puan Hajah Kamariah binti Othman memberikan ucapan (gambar kiri). Ucapan penutupan kejohanan oleh Tuan Haji Daud bin Abdull (gambar kanan).
Antara pemenang-pemenang yang mendapat hadiah.
Zon Ayer Keroh berjaya merangkul juara kejohanan bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun.
Penyampaian cenderamata kepada Tuan Haji Daud (gambar atas, kiri). Juara-juara bergambar kenangan.

Jumaat, Mei 06, 2011

JUARA Bola Baling MSS Negeri Melaka 2011

Siapakah yang menjadi JUARA???


Akhirnya.....inilah JUARA kita yang dinanti-nantikan.....


Lelaki Bawah 12 Tahun


Juara:                   Zon Jasin ( Jasin 10 gol - MAsjid Tanah 3 gol )
Naib Juara:           Zon Masjid Tanah
Tempat Ketiga:     Zon Ayer Keroh (Ayer Keroh 11 gol - Merlimau 5 gol)
Tempat Keempat: Zon Merlimau


Perempuan Bawah 12 Tahun


Juara:                   Zon Ayer Keroh ( Ayer Keroh 7 gol -Jasin 4 gol)
Naib Juara:           Zon Jasin
Tempat Ketiga:     Zon Tanjong (Tanjong 5 gol - Alor Gajah 2 gol)
Tempat Keempat: Zon Alor Gajah

Lelaki Bawah 18 Tahun

Juara:                   Zon Ayer Keroh ( Ayer Keroh 9 gol - Tanjong 4 gol)
Naib Juara:           Zon Tanjong
Tempat Ketiga:     Zon Jasin (Jasin 7 gol - Alor Gajah 6 gol)
Tempat Keempat: Zon Alor Gajah

Perempuan Bawah 18 Tahun

Juara:                   Zon Tanjong (Tanjong 7 gol - Ayer Keroh 8 gol)
Naib Juara:           Zon Ayer Keroh
Tempat Ketiga:     Zon Alor Gajah (Alor Gajah 2 gol - Jasin 1 gol)
Tempat Keempat: Zon Jasin

Khamis, Mei 05, 2011

Kejohanan Bola Baling MSS Negeri Melaka 2011

Kejohanan yang telah bermula pada Selasa yang lalu telah menyaksikan pasukan-pasukan terbaik yang mewakili zon-zon seluruh Melaka berentap dalam kategori Lelaki Bawah 12 Tahun dan Perempuan Bawah 12 Tahun. Manakala pada hari semalam iaitu Rabu, menyaksikan pasukan-pasukan terhebat berentap dalam kategori Lelaki Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 18 Tahun.

KEPUTUSAN PERLAWANAN (setakat hari Rabu, 04/05/2011)

Kumpulan A (Lelaki Bawah 12 Tahun)
Tempat pertama:    Zon Ayer Keroh       ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Kedua   :    Zon Masjid Tanah    ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Ketiga   :    Zon Bukit Cina

Kumpulan B (Lelaki Bawah 18 Tahun)
Tempat Pertama:    Zon Merlimau          ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Kedua   :    Zon Jasin                  ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Ketiga   :    Zon Tanjong
Tempat Keempat:   Zon Alor Gajah

Kumpulan C  (Perempuan Bawah 12 Tahun)
Tempat Pertama:   Zon Tanjong             ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Kedua   :   Zon Alor Gajah         ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Ketiga   :   Zon Bukit Cina

Kumpulan D (Perempuan Bawah 18 Tahun)
Tempat Pertama:   Zon Jasin                 ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Kedua   :   Zon Ayer Keroh        ----------------  LAYAK KE SEPARUH AKHIR
Tempat Ketiga   :   Zon Masjid Tanah
Tempat Keempat:  Zon Merlimau

Siapakah yang bakal merebut tempat untuk ke pusingan akhir yang akan menentukan JUARA Kejohanan Bola Baling MSS Negeri Melaka 2011? Kita nantikan bersama-sama pada  hari yang bersejarah pada petang ini....




Kursus Jati Diri Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka

Seramai pelajar 6 peserta telah menghadiri Kursus Jati Diri Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan pada 3 Mei hingga 5 Mei 2011(Selasa-Khamis) di Pusat Kokurikulum Lanchang, Merlimau, Melaka.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah 2011

Pelajar lepasan SPM 2010 boleh membuat Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah 2011 mulai 2 Mei 2011 hingga 14 Jun 2011 melalui laman web ini.  Semakan melalui SMS juga boleh dibuat dengan menaip: 

             MOET6[No_KP] dan hantar kepada 15888

Isnin, Mei 02, 2011

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Melaka 2011

SMK Tun Mutahir telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Baling peringkat Negeri Melaka yang akan dilangsungkan pada ketetapan berikut:


Tarikh:  3 - 5 Mei 2011
Hari:     Selasa hingga Khamis
Masa:   8.00 pagi hingga 1.00 petang


Semoga kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat menjadi arena yang hebat bagi pasukan-pasukan yang terkemuka untuk merebut piala kejohanan.

Johan Pertandingan Melukis Poster Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Daerah Melaka Tengah

Tahniah!  Pelajar SMK Tun Mutahir bernama Yee Qing Xuan (3I) telah menjadi Johan Pertandingan Melukis Poster Kategori Menengah Bawah Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) Peringkat Daerah Melaka Tengah pada 30 April 2011 (Sabtu) bertempat di Melaka Mall, Melaka.  Hadiah berupa piala dan sijil.
Sekolah kita turut bertanding dalam Pertandingan Melukis Poster Menengah Atas dan Pertandingan Mendeklamasikan Sajak pada hari tersebut.

Untuk makluman, peserta akan mewakili daerah ke Pertandingan Karnival PPDa Peringkat Negeri yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut:-
Tarikh/Hari   :14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa Pertandingan bermula: 8.30 pagi
Tempat: Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka

Kami dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir mengucapkan tahniah kepada peserta.

Kerjaya Sempena Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Melaka

Tahniah! SMK Tun Mutahir telah mendapat tempat ke 6 dalam Pertandingan Sketsa Kerjaya Sempena Karnival Kerjaya Peringkat Negeri Melaka  yang diadakan pada 30 April 2011(Sabtu) bertempat di SK Tanjung Minyak, Melaka. Pertandingan Kain Rentang dan Ekplorasi Alam kerjaya juga bertanding.

Murid yang menyertai dalam pertandingan adalah seperti dalam senarai.

Johan Pertandingan Kain Rentang Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Melaka Tengah

Tahniah!  SMK Tun Mutahir telah menjadi Johan Pertandingan Melukis Kain Rentang Karnival Kerjaya Peringkat Daerah Melaka Tengah.  Hadiah berupa piala dan sijil.  Peserta yang terlibat adalah:
1. Shahniz Hanim Bt Abdullah (4SN)
2. Low Shwu Ying (31)
3. Ng Chan Li (3I)
4. Thaheera Bt Idris (3I)
5. Teo Yi Ling (3I)
6. Yee Qing Xuan (3I)

Kami dari Unit Bimbingan Dan kaunseling mengucapkan syabas dan tahniah di atas komitmen peserta.