Isnin, Mac 26, 2012

Pelancaran Program Minggu Antidadah & Kempen Anti Merokok



Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab di dalam diri murid mengenai bahaya dadah /  rokok serta memberikan Pendidikan Pencegahan Dadah dari peringkat sekolah.


Antara objektifnya adalah untuk memperkembang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah dan juga untuk menanam, menghayati dan mengamalkan budaya positif dalam kalangan murid.


Tetamu jemputan duduk bersama-sama dengan para pentadbir sekolah


Majlis diacarakan oleh Cik Afiqah

Ucapan oleh pengetua SMKTMu, Tn. Hj. Hussin b. Sirun

Ucapan oleh Encik Loh Che Cheong, pegawai Pencegahan Pendidikan Dadah (PPDa), Jabatan Pelajaran Melaka mewakili Tn. Hj. Manan b. Umar (ketua unit PPDa JPM)


Penyerahan bahan edaran bahaya dadah dan rokok kepada GPK HEM, Tn. Hj.  Ismail b. Abdullah

Penyampaian cenderahati kepada Encik Loh Che Cheong yang disampaikan oleh tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin b. Sirun


Penyampaian hadiah kepada wakil pelajar yang mendapat naib johan dalam pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu peringkat Melaka Tengah. Pasukan ini layak  meneruskan cabaran ke peringkat negeri Melaka. Pasukan ini terdiri daripada : Ng Kean Shing, James Yong Teck Keong, Amyrah Nasuha binti Badrin, Mohd Irsyad b. Samser, Che Mohd Zakaria Shukri b. Mohd Zamri dan Siti Nuramira bt. Zainudin. Syabas diucapkan kepada mereka dan juga guru pembimbing, Cikgu Muhammad Noor dan Cikgu Muhamad Izuan.

Tiada ulasan: