Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit ICT SMK Tun Mutahir sempena Minggu ICT yang bermula di sepanjang minggu ini iaitu dari 9 hingga 13 Julai 2012. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang ICT.
 |
Cikgu Hamizilawati Ishak memantau aktiviti pelajar semasa pertandingan mencipta brosur ini |
 |
Antara contoh-contoh brosur yang dijadikan panduan |
 |
Pelajar menghasilkan brosur secara berpasangan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan