Jumaat, Julai 27, 2012

Majlis Perasmian Penutupan Bulan PSS dan Bulan Membaca Peringkat Sekolah 2012

Majlis ini telah diadakan dengan lancarnya pada 25 Julai yang lalu di tapak perhimpunan sekolah. Antara objektif Bulan PSS dan Bulan Membaca ini adalah untuk menyemai sikap suka membaca di kalangan warga SMK Tun Mutahir khususnya pelajar, meningkatkan kreativiti menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan menyedarkan pelajar tentang kepentingan PSS dalam proses pembelajaran.

Berikut ialah gambar-gambar di sekitar majlis:

Cikgu Muhammad Izuan sebagai pengerusi majlis

Tuan Haji Hussin bin Sirun, pengetua SMKTMu memberikan ucapannya

Adik Yee Qing Xuan menyampaikan sebuah cerita bertajuk "Musuh dalam Selimut"


Tayangan video tentang aktiviti-aktiviti Minggu ICT yang telah  dijalankan

  

Antara pelajar-pelajar yang berjaya mendapat hadiah dalam pertandingan-pertandingan yang telah diadakan di sepanjang Bulan PSS dan Bulan Membaca juga di sepanjang Minggu ICT

Adik Yee Qing Xuan (gambar kiri) berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan merekacipta gambar kata-kata hikmat sempena kali yang ke-9 Karnival Persatuan Bahasa Cina Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka tahun 2012, pada 14 Julai yang lalu. Justeru itu, SMKTMu berjaya menjadi juara dalam kategori tersebut dan dapat merangkul piala pusingan. (Gambar kanan) Guru penasihat Persatuan Bahasa Cina, Puan Chin Chow Lin menyerahkan piala pusingan kepada tuan pengetua, Tn Hj Sirun bin Hussin.



Tiada ulasan: