Program ini diwujudkan berlandaskan kepercayaan bahawa bangsa yang berbudaya ilmu adalah bangsa yang berjaya. Demi menjadi bangsa yang berbudaya ilmu, amalan tabiat membaca khususnya dalam kalangan pelajar yang bakal menjadi tonggak Negara pada masa hadapan haruslah dipupuk.
Program ini bermatlamatkan untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya walau di mana sahaja pelajar berada. Majlis pelancaran ini dijalankan bagi mewujudkan semangat yang tinggi dalam kalangan pelajar untuk menjadi satu bangsa yang maju dan berjaya dalam hidup ekoran sifat suka membaca. Selain itu, ianya untuk melahirkan semangat kerjasama antara semua warga SMK Tun Mutahir untuk menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.
Antara AJK Yang Terlibat |
Ucapan Daripada Puan Zawiyah, GKMP Bahasa |
Ucapan Perasmian Oleh Tn. Hj. Hussin Bin Sirun |
Gimik Perasmian |
Pelancaran Program NILAM 2013 |
Para Pelajar SMK Tun Mutahir |
Tahniah Kepada Pemenang Anugerah |
Majlis Penyampaian Anugerah |
Antara 71 Orang Pelajar Yang Menerima Anugerah |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan