Sabtu, Februari 02, 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan 1 (LDP)

Pada 12.1.2013, SMK Tun Mutahir telah mengadakan LDP kali pertama untuk tahun 2013. Dalam LDP pada kali ini, para guru didedahkan dengan taklimat mengenai program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Program NILAM adalah satu program yang bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar. Segala bahan yang dibaca oleh pelajar akan direkodkan di dalam buku NILAM. Bahan bacaan yang dimaksudkan termasuklah tajuk dalam buku teks, bacaan bahasa lain dan juga keratan artikel surat khabar.

Selepas taklimat berkenaan program NILAM, LDP diteruskan dengan Mesyuarat Panitia Kali Pertama. LDP tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Tiada ulasan: