Khamis, Januari 27, 2011

PROGRAM "GURU, DIHORMATI, MURID DISAYANGI"

Hari: Jumaat
Tarikh: 28 Januari 2011
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir
Penganjur: Badan Kebajikan Murid

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, Badan Kebajikan Murid akan memberikan sumbangan kepada 15 orang pelajar Cina sesi pagi yang kurang bernasib baik sebagai persediaan menyambut perayaan tersebut. Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran di atas dan YDP PIBG, SMK Tun Mutahir En Velaithan Atchuta Nair akan hadir sebagai tetamu jemputan. Selain itu, 4 orang pelajar sesi pagi yang terpilih daripada berbilang bangsa akan menerima Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan.

Penerima sumbangan Tahun Baru Cina: 15 orang (sesi pagi) , 20 orang (sesi petang)
Penerima Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan: 4 orang (sesi pagi), 6 orang (sesi petang)

Tiada ulasan: