Sabtu, 22 Januari 2011 - Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada para tetamu jemputan, Pengetua SMK Tun Mutahir, GPK Pendidikan Khas, GPK KO-KU, GKMP, wakil PIBG PPKI, guru-guru PPKI, ibu bapa/penjaga serta pelajar-pelajar PPKI telah menghadiri dan menjayakan Majlis Perlaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 2011 pada hari tersebut. Majlis dianjurkan oleh PPKI SMK Tun Mutahir.
Majlis itu bertujuan untuk memberikan taklimat kepada para ibu bapa khasnya dan para hadirin umumnya akan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) anak-anak istimewa ini di dalam kelas dengan menggunakan kaedah RPI. RPI yang dilaksanakan akan didokumenkan secara online dengan menggunakan jaringan Web Portal yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). RPI tersebut merupakan satu usaha ke arah menambahbaik dokumen RPI terdahulu. SMK Tun Mutahir merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih daripada 70 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk melaksanakan projek rintis RPI secara Web Portal.
Majlis tersebut juga bertujuan untuk memeterai MOU antara para ibu bapa/penjaga pelajar-pelajar PPKI dengan pihak PPKI SMK Tun Mutahir bagi merasmikan dan melaksanakan RPI pada tahun ini. Diharapkan perlaksanaan RPI berjalan lancar dengan sokongan semua pihak iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), barisan pentadbir SMK Tun Mutahir, guru-guru SMK Tun Mutahir, PPKI SMK Tun Mutahir, ibu bapa/penjaga dan para pelajar PPKI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan