Isnin, Januari 31, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2011


SMK Tun Mutahir mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang beragama Buddha. Semoga ceria selalu dan bergembira di sepanjang perayaan ini.

Jumaat, Januari 28, 2011

Majlis Anugerah Peneraju Inovasi dan Bantuan Tahun Baru Cina 2011

Pelajar-pelajar berhimpun di tapak perhimpunan sekolah

YDP PIBG SMK Tun Mutahir, Encik Velaithan Atchuta Nair sedang memperkatakan sesuatu kepada Tn Pengetua






















Guru-guru yang mendapat sijil penghargaan daripada Tuan Pengetua, Haji Zolkaply bin Yunus

Antara pelajar-pelajar yang mendapat sumbangan Tahun Baru Cina dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan





 




Khamis, Januari 27, 2011

PEMBERITAHUAN CUTI BERGANTI DAN CUTI PERISTIWA

Sila klik lampiran dibawah.

SEKOLAH GANTI SEMPENA CUTI TAHUN BARU CINA DAN DEEPAVALI 2011

PROGRAM "GURU, DIHORMATI, MURID DISAYANGI"

Hari: Jumaat
Tarikh: 28 Januari 2011
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan SMK Tun Mutahir
Penganjur: Badan Kebajikan Murid

Sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, Badan Kebajikan Murid akan memberikan sumbangan kepada 15 orang pelajar Cina sesi pagi yang kurang bernasib baik sebagai persediaan menyambut perayaan tersebut. Majlis tersebut akan diadakan seperti butiran di atas dan YDP PIBG, SMK Tun Mutahir En Velaithan Atchuta Nair akan hadir sebagai tetamu jemputan. Selain itu, 4 orang pelajar sesi pagi yang terpilih daripada berbilang bangsa akan menerima Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan.

Penerima sumbangan Tahun Baru Cina: 15 orang (sesi pagi) , 20 orang (sesi petang)
Penerima Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan: 4 orang (sesi pagi), 6 orang (sesi petang)

SMK Tun Mutahir Terima Anugerah 5 Bintang Dalam Program Penarafan Pembestarian Sekolah Berasaskan Instrumen 'Smart School Qualification Standard 2010'



Rabu, Januari 26, 2011

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM MAAL HIJRAH 2011 SMK TUN MUTAHIR

Tarikh:   27 Januari 2011
Masa:     Sesi petang 11.30 pagi - 12.30 petang
              Sesi pagi,   1.30 - 2.30 petang
Tempat: Dewan SMK Tun Mutahir

Persiapan tempat sebelum dan selepas
En. Nor Hisham bin Zainuddin
En. Yussup bin Ismail

Pengerusi majlis
Ustaz Rosle Mahat

Buku Program Nota Edaran

Ustaz Abdul Razak Baba

Persembahan Nasyid Maal Hijrah
Ustazah Fazilah Hussin
Pn. Siti Munirah Shahari
En. Muhammad Izuan bin Rejab

Persembahan Bercerita Multimedia
Ustazah Norazmah Ashary
Puan Norazila binti Zakaria
Pn. Hjh Rozita binti Mohd Saad

Pertandingan Kuiz
Ustaz Rosle Mahat
Cik Nurfadiah binti Muhammad
Cik Nor Eleeza bintiAmir
Pn. Roshaya bin Mohd Sohor
En.Nazrul Fazley
En. Kamaruddin bin Abu Bakar
Pengawas P.A. Sistem

AJK jamuan bubur asyura
Ustazah Norazlina Sidek
Cik NoorAzrina Ruhaida
Pn. Hamizilawati binti Ishak
Pn. Khatirina bt Mat Shah
Pn. Zawiyah binti Mohammad
Pn. Hasnah binti Seman
En. Zali bin Yasin

AJK Kawalan Disiplin
En Salleh bin Wahid
Pn Siti Rokhana Othman

PROGRAM PENDIDIKAN MORAL "GURU DIHORMATI, MURID DISAYANGI"

1. Objektif:    Menyemarakkan semangat "Guru dihormati, Murid disayangi" 

2. Sasaran:  Semua pelajar Pendidikan Moral - Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5

3. Tarikh:     27 Januari 2011
     Hari:        Khamis
     Masa:     11.30 - 12.30 (bagi Peralihan, Tingkatan 1 dan 2)
                    1.30 - 2.30 (bagi Tingkatan 3, 4 dan 5)
     Tempat: Kelas mengikut kelas kumpulan Moral (Sila rujuk lampiran)

4. Penganjur: Panitia Pendidikan Moral SMK Tun Mutahir

5. Perbelanjaan: Kegiatan Moral - RM500 untuk "drawing block" dan hadiah

6. Strategi pelaksanaan: Pelajar mereka cipta kad Tahun Baru Cina untuk diberikan kepada guru yang mereka minati dan hormati. Kad yang paling kreatif akan diberi hadiah

Isnin, Januari 24, 2011

Pengumuman

Perjumpaan perbentangan laporan e-disiplin

Satu perjumpaan perbentangan laporan e-disiplin akan diadakan esok pada 25/1/2011 seperti berikut:

sesi pagi     : 2.00 petang
sesi petang : 11.00 pagi
tempat       : makmal sains

Kehadiran diwajibkan kepada semua guru.

Ahad, Januari 23, 2011

MAJLIS PERLAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) 2011

Sabtu, 22 Januari 2011 - Kira-kira 200 orang yang terdiri daripada para tetamu jemputan, Pengetua SMK Tun Mutahir, GPK Pendidikan Khas, GPK KO-KU, GKMP, wakil PIBG PPKI, guru-guru PPKI, ibu bapa/penjaga serta pelajar-pelajar PPKI telah menghadiri dan menjayakan Majlis Perlaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) 2011 pada hari tersebut. Majlis dianjurkan oleh PPKI SMK Tun Mutahir.
            Majlis itu bertujuan untuk memberikan taklimat kepada para ibu bapa khasnya dan para hadirin umumnya akan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) anak-anak istimewa ini di dalam kelas dengan menggunakan kaedah RPI. RPI yang dilaksanakan akan didokumenkan secara online dengan menggunakan jaringan Web Portal yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). RPI tersebut merupakan satu usaha ke arah menambahbaik dokumen RPI terdahulu. SMK Tun Mutahir merupakan salah sebuah sekolah yang terpilih daripada 70 buah sekolah di seluruh Malaysia untuk melaksanakan projek rintis RPI secara Web Portal.
            Majlis tersebut juga bertujuan untuk memeterai MOU antara para ibu bapa/penjaga pelajar-pelajar PPKI dengan pihak PPKI SMK Tun Mutahir bagi merasmikan dan melaksanakan RPI pada tahun ini. Diharapkan perlaksanaan RPI berjalan lancar dengan sokongan semua pihak iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), barisan pentadbir SMK Tun Mutahir, guru-guru SMK Tun Mutahir, PPKI SMK Tun Mutahir, ibu bapa/penjaga dan para pelajar PPKI.

PERTANDINGAN BLOG ANTARA PELAJAR

Syarat pertandingan:

1.     Secara individu atau berkumpulan ( 1-4 orang sahaja)
2.     Boleh memilih seorang guru sebagai mentor
Tema pertandingan:
BLOG BERINFORAMASI DAN BERILMIAH
Tarikh pertandingan:
Dari 24 Jan – 4 Mac 2011
Daftar Kepada:
            Pn. Hjh Rozita Mohd Saad   - Sesi pagi
            Cik Noor Aisah Mohd Rosdi - Sesi petang
Hadiah:
Sijil serta Wang tunai
Anjuran:
Unit ICT SMK Tun Mutahir
Hasil akhir (Blog Address) hantar kepada:
            Cik Sadiah binti Kamar
                ATAU
            Pn Li Zhen Ying
Penilaian berdasarkan:
1.     User friendly (mesra pengguna)
2.     Penggunaan warna/kontra, teks, grafik dan susunan blog yang sesuai
3.     Maklumat yang tepat dan mencukupi
4.     Kepuasan pengguna

Isnin, Januari 17, 2011

PENGUMUMAN

MESYUARAT JAWATANKUASA BIASISWA DAN BANTUAN

Kepada,

Tuan Haji Zolkaply bin Yunus (Pengetua)
Puan Syariffa Gayah Abdullah (Ketua/BKP)
Encik Ghaffar Yahya (GKP HEM)
Encik Muhammad Radhi Masah (GPK KOKU)
Puan Yong Yoke Mee ( Guru KWAPM & Penyelaras Tingkatan 1)
Cik Azizi@Norazizi Mahmood (Guru TAPENM)
Puan Salomi Naim (Guru Bantuan MAIM)
Puan Yen Yeok Fern (Guru Insurans)
Puan Pang Fuie Shee (Pelbagai Bantuan/Biasiswa)
Puan Zurinawati Mustaffa (Guru B&K)
Cik Abby Lim Sze Chia (Guru B&K)
Encik Mohd Noor Md Zam (Penyelaras Tingkatan 2)
Encik Abdul Kadir Idris (Penyelaras Tingkatan 3)
Puan Norazah Ashary (penyelaras Tingkatan 4)
Puan Lim Kim Chu (Penyelaras Tingkatan 5)
Cik Li Zhn Ying (Guru SMRS)
Puan Hazilawati (Guru Kebajikan)
Cik Faezah Ibrahim (Pembantu Tadbir)

Tarikh: 18 Januari 2011
Tempat: SMK Tun Mutahir

Kehadiran tuan/puan diwajibkan.
Harap maklum.

PENGUMUMAN

TAKLIMAT PROGAM NILAM DAN "BORN TO READ"

Kepada,

Tuan Haji Zolkaply bin Yunus (Pengetua)
Puan Hajah Kamariah binti Othman (GPK 1)
Encik Ghaffar Yahya (GPK HEM)
Encik Muhammad Radhi Masah (GPK KOKU)
Puan Manja Md Doli (GPK Petang)
Puan Mariah Abdul Rahman (GKMP Sains dan Matematik)
Puan Latifah Hassan (GKMP Bahasa)
Puan Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan)
Tuan Haji Ismail Abdullah (GKMP Teknik dan Vokasional)
Puan Noor Aini Muhammed (Guru Perpustakaan dan Media)
Puan Zurinawati Mustaffa (Ketua Kaunselor)
Semua guru BM dan BI
Semua guru baru sesi pagi dan petang 2011
Semua AJK kerja PSS

Tarikh: 17 Januari 2011
Masa: 1.15 - 2.15 petang (sesi pagi) , 11.30 - 12.30 petang (sesi petang)
Tempat: Bilik Tayang

Kehadiran tuan/puan diwajibkan.
Harap maklum.

Rabu, Januari 12, 2011

HARI PENDAFTARAN DAN ORIENTASI PELAJAR TNGKATAN 1



Sekitar hari pendaftaran pelajar-pelajar Tingatan 1




Suasana di sekitar hari orientasi pelajar-pelajar Tingkatan 1

Sabtu, Januari 08, 2011

POST MORTEM KESELURUHAN KEPUTUSAN PMR 2010



Perbandingan keputusan PMR tahun 2010 dan tahun 2009, telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan kuantiti pencapaian keputusan PMR. Walaubagaimanapun, bilangan pelajar yang mendapat semua A, 7 A dan 6 A telah menurun.

Kualiti dikekalkan

Gred Purata Sekolah (GPS) 2009 : 3.19
Gred Purata Sekolah (GPS) 2010 : 3.17
Beza GPS : -0.02

Penurunan dari segi kuantiti

Peratus Kelulusan PMR 2009 : 51.6%
Peratus Kelulusan PMR 2010 : 52.6%
Beza Peratus : +1.0%

Pencapaian Target QNET 2010

Target Cemerlang: 30 orang
Tercapai : 13 orang

Target Kelulusan PMR: 68.0%
Tercapai: 52.6%

Bilangan Pelajar Yang Tidak Mendapat Straight 'A' Kerana Satu Matapelajaran Sahaja

Bahasa Melayu: 1 orang
Bahasa Inggeris: 2 orang
Matematik: 1 orang
Sejarah: 1 orang
Bahasa Cina: 2 orang
JUMLAH: 7 orang

Bilangan Pelajar Yang Gagal Kerana Satu Matapelajaran Sahaja

Bahasa Melayu: 4 orang
Bahasa Inggeris: 24 orang
Matematik: 3 orang
Sejarah: 7 orang
Geografi: 7 orang
Bahasa Cina: 4 orang
Pendidikan Islam: 1 orang
Bahasa Tamil: 1 orang
JUMLAH: 51 orang

Peratus Kelulusan yang mungkin jika ditambah 51 orang: 70.1%

Jumaat, Januari 07, 2011

PERLAKSANAAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16 Tahun 2010:

http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1291954180.pdf
PENGUMUMAN

Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu kali Pertama 2011
Tarikh : 8 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Tun Mutahir
Kehadiran adalah diwajibkan untuk guru-guru matapelajaran Bahasa Melayu.
Harap maklum.
Mesyuarat Panitia Kemahiran Hidup kali Pertama 2011
Tarikh : 8 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : SMK Tun Mutahir
Kehadiran adalah diwajibkan untuk guru-guru matapelajaran Kemahiran Hidup.
Harap maklum.
Mesyuarat Panitia Sejarah kali Pertama 2011
Tarikh : 8 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kelas 5K2, SMK Tun Mutahir
Kehadiran adalah diwajibkan untuk guru-guru matapelajaran Sejarah.
Harap maklum.

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali Pertama 2011

Tarikh : 8 Januari 2011
Hari : Sabtu
Tempat : SMK Tun Mutahir

Kehadiran adalah diwajibkan untuk guru-guru matapelajaran Pendidikan Islam.
Harap maklum.

Mesyuarat Panitia Geografi kali Pertama 2011

Tarikh : 8 Januari 2011
Hari : Sabtu
Tempat : SMK Tun Mutahir

Kehadiran adalah diwajibkan untuk guru-guru matapelajaran Geografi.
Harap maklum.