Ahad, Februari 28, 2016

TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2016

DISEDIAKAN OLEH : EN. MUHAMMAD IZUAN BIN REJAB

Terima kasih tuan/puan pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah rabbil alamin wassolatuwassolamu ala ashrafil anbiyar iwar nursolin waala alihi wasibihi aj’main.

Assalamualaikum wb.t. dan selamat sejahtera.

Yang berusaha
Tn. Hj. Nordin bin Adam
Pengetua SMK Tun Mutahir.

Yang berusaha
En. Alias bin Mahpol@ Mohamad
GPK Pentadbiran

Yang berusaha
En. Peong Poh Boon
GPK HEM

Yang berusaha
En. Muhammad Radhi bin Masah
GPK Kokurikulum

Yang berusaha
Tn. Hj. Sajat bin Ahmad
GPK Pendidikan Khas.

Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para murid, bunga bangsa sekalian.


Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis nan berbahagia pada pagi ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima kasih kepada pihak sekolah ini yang sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis ini.

Ambil puan letak di para,
Puan berisi emas sekati,
Budi tuan saya tak lupa,
Tetap tersemat di lipatan hati.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), pengawas SPBT dan pengawas Koperasi yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru, saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah resepi pengawas yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, sentiasalah memberi kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua murid sekolah ini mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang terpuji sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin. Sesungguhnya ‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power).
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan perkara yang baik dan buruk. Berdisipin ketika belajar harus dijadikan amalan.

Saya berdoa semoga SMK Tun mutahir ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan guru-guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha menbetuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya mendoakan supaya berjaya dalam setiap peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam segala aktiviti akademik, kokurikulum dan mungkin menjadi sekolah contoh di dalam negeri Melaka ini.


Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Murid SMK Tun Mutahir bagi tahun 2016. Sekian, terima kasih.

12 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih atas perkongsian. mohon izin guna ye.

Unknown berkata...

Terima Kasih, sangat berguna

mama hakimi ^_^♥ berkata...

Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna, saya mohon izin share :)

Unknown berkata...

Terima kasih. Sangat berguna dan boleh menjadi rujukan.

Unknown berkata...

Terima kasih

Wiya berkata...

Minta izin guna teks ini ya..terima kasih..

Unknown berkata...

Terima kasih, mohon izin menggunakan teks ini juga.

Unknown berkata...

Izinkan sy gunaan teks ini..terima kasih

Unknown berkata...

Terima kasih..izinkan sy guna teks ini yer.

YEOPPk berkata...

MOHON KEBENARAN UTK GUNA TEKS UCAPAN INI YE UTK MAJLIS HARI ISNIN INI...

Mohd Sabri berkata...

Mohon kebenaran utk guna teks ucapan ini ye. Semoga pihak tuan dilimpahi Rahmat dan Kebaikan kerena sudi berkongsi ilmu Jazakallahair

jass berkata...

mohon kebenaran untuk guna teks ucapan ini ya. TERIMA KASIH