Setiap tahun Pusat Sumber Sekolah sentiasa
komited menanamkan benih-benih cinta akan ilmu pengetahuan dalam sanubari
setiap warga SMK Tun Mutahir. Sehubungan itu, pada pagi ini akan dijayakan
Majlis Pelancaran Aktiviti PSS 2016 yang bertemakan Keterbukaan Minda Menjana
Ilmu. Tema tahun ini dipilih sedemikian rupa supaya warga SMK Tun Mutahir
terutama murid-murid menjadikan Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja sebagai
gudang ilmu melalui pembacaan buku, bahkan juga menjadikan PSS sebagai gudang
pelbagai literasi maklumat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan