Rabu, Mei 02, 2012

Perkhemahan Badan Beruniform 2012

                Perkhemahan Badan Beruniform SMK Tun Mutahir telah dilangsungkan dengan jayanya pada 27 April hingga 29 April yang lalu bertempat di padang sekolah. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh  Encik Muhammad Radhi bin Masah iaitu GPK Koku SMK Tun Mutahir. Manakala majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pula telah dirasmikankan oleh Tuan Hj. Sirun bin Hussin selaku tuan pengetua SMK Tun Mutahir.

      Pelbagai aktiviti pertandingan telah dijalankan seperti pertandingan pertolongan cemas,pertandingan masakan rimba, pertandingan gajet dan pertandingan menghasilkan seni berdasarkan bahan semulajadi. Bagi kategori pertandingan bukan pertandingan yang diadakan adalah seperti latihan kawad, anyaman daun kelapa, kembara malam, membaca kompas dan lain-lain lagi.

Duduk dari kiri : GPK Koku, Encik Muhammad Radhi bin Masah
Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun dan GPK Pendidikan Khas, Tn. Hj. Sajat bin Ahmad

Peserta-peserta perkhemahan bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan tuan pengetua

Tiada ulasan: