Jumaat, Mei 25, 2012

KEM LEMBAIAN KASIH 2012

"Kem Lembaian Kasih 2012" Anjuran bersama Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK Tun Mutahir akan berlangsung pada 25-26 Mei 2012 bertempat di Masjid Saidina Ali , Bukit Katil, Melaka. Dengan tema - Ke arah melahirkan pelajar soleh cemerlang solat  menyasarkan 100 orang pelajar Islam Menengah Rendah yang dikenalpasti untuk diberikan kesedaran tentang pentingnya solat yang betul dan sempurna serta membentuk perubahan diri yang positif di dalam diri mereka. Semoga dengan usaha ini, sedikit sebanyak dapat meningkatkan kesedaran pelajar terhadap hubungan manusia dengan ALLAH melalui ibadah wajib. InsyaALLAH. Amin

Tiada ulasan: