Jumaat, Mei 25, 2012

KELAS BIMBINGAN WAKTU CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

KELAS BIMBINGAN WAKTU CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2012

Makluman kepada semua Ibubapa dan pelajar sekelian , disertakan disini Jadual Waktu Kelas Bimbingan  Waktu Cuti Tahun 2012 untuk rujukan. Semoga dengan usaha ini dapat membantu para pelajar yang akan mengambil PMR dan SPM pada tahun ini akan lebih yakin dan bersemangat lagi sesuai dengan pepatah
 " Usaha Tangga Kejayaan"


Jadual Waktu Tingkatan 3
 Jadual Waktu Tingkatan 5




Rabu, Mei 02, 2012

Perkhemahan Badan Beruniform 2012

                Perkhemahan Badan Beruniform SMK Tun Mutahir telah dilangsungkan dengan jayanya pada 27 April hingga 29 April yang lalu bertempat di padang sekolah. Perkhemahan ini telah dirasmikan oleh  Encik Muhammad Radhi bin Masah iaitu GPK Koku SMK Tun Mutahir. Manakala majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pula telah dirasmikankan oleh Tuan Hj. Sirun bin Hussin selaku tuan pengetua SMK Tun Mutahir.

      Pelbagai aktiviti pertandingan telah dijalankan seperti pertandingan pertolongan cemas,pertandingan masakan rimba, pertandingan gajet dan pertandingan menghasilkan seni berdasarkan bahan semulajadi. Bagi kategori pertandingan bukan pertandingan yang diadakan adalah seperti latihan kawad, anyaman daun kelapa, kembara malam, membaca kompas dan lain-lain lagi.

Duduk dari kiri : GPK Koku, Encik Muhammad Radhi bin Masah
Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun dan GPK Pendidikan Khas, Tn. Hj. Sajat bin Ahmad

Peserta-peserta perkhemahan bergambar beramai-ramai bersama-sama dengan tuan pengetua

Khamis, April 26, 2012

Majlis Persaraan Encik Jamil bin Naseh & Encik Dawud bin Ahmad, 24 April 2012





Ucapan daripada GPK 1, Pn. Hjh. Kamariah binti Othman


Ucapan staf yang diraikan, Encik Jamil bin Naseh dan Encik Dawud bin Ahmad


Persembahan guru " Alkisah Bang Jamil Bang Dawud",
persembahan Sayembara Puisi dan Lagu, dan nyanyian lagu solo daripada pelajar.




Sesi penyampaian hadiah daripada pelajar-pelajar , guru-guru dan staf sokongan



Isnin, April 23, 2012

Kursus Kepimpinan Ko-Kurikulum, Sabtu 21 April 2012



Pendaftaran peserta-peserta

Ice breaking (Sesi pembahagian kumpulan)

Majlis dipengerusikan oleh Cik Siti Nurhanes binti Zailani (Gambar atas kiri)
Manakala doa dibacakan oleh Tn. Hj. Abd Razak bin Baba (Gambar atas kanan)
Duduk dari kiri : GPK Koku, Encik Muhammad Radhi bin Masah
Tuan pengetua, Tn. Hj. Hussin bin Sirun dan
Penceramah jemputan

Encik Muhammad Radhi bin Masah memberikan ucapan alu-aluan (Gambar kiri).
Tn. Hj. Hussin bin Sirun memberikan ucaptama dan merasmikan Kursus Kepimpinan Ko-kurikulum bagi tahun 2012 (Gambar kanan)

Ceramah dan aktiviti yang dijalankan



Gotong-royong Membanteras Nyamuk Aedes, Sabtu 21 April 2012