Isnin, Februari 29, 2016

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM DAN PENGAWAS SMK TUN MUTAHIR 2016

Program ini diadakan pada hari Sabtu, 27 Februari 2016. Murid-murid yang terlibat telah mendengar ceramah yang disampaiakn oleh pensyarah MSU yang dijemput khas. Selain ceramah, urid-murid yang terlibat didedahkan dengan pelbagai LDK yang berupaya memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam setiap diri mereka.









Ahad, Februari 28, 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK TUN MUTAHIR 2016

Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 17 Februari 2016. Program ini bermula usai Majlis Pelancaran NBOS 2016 oleh VIP yang diundang khas. Kejohanan ini melibatkan semua guru dan murid SMK Tun Mutahir. Majlis penyampaian hadiah turut diadakan seminggu selepas kejohanan ini. Hadiah-hadiah disampaikan oleh GPK Kokurikulum, En. Muhammad Radhi bin Masah.




CHORAL SPEAKING

Pertandingan Choral Speaking telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 24 Februari 2016. Pertandingan ini dibarisi oleh murid-murid tingkatan dua dan tiga yang terpilih. Pasukan ini dilatih oleh guru-guru bahasa Inggeris SMK Tun Mutahir iaitu Pn. Norlelawati bt. Salleh dan Pn. Ilyani bt. Osman.



TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2016

DISEDIAKAN OLEH : EN. MUHAMMAD IZUAN BIN REJAB

Terima kasih tuan/puan pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah rabbil alamin wassolatuwassolamu ala ashrafil anbiyar iwar nursolin waala alihi wasibihi aj’main.

Assalamualaikum wb.t. dan selamat sejahtera.

Yang berusaha
Tn. Hj. Nordin bin Adam
Pengetua SMK Tun Mutahir.

Yang berusaha
En. Alias bin Mahpol@ Mohamad
GPK Pentadbiran

Yang berusaha
En. Peong Poh Boon
GPK HEM

Yang berusaha
En. Muhammad Radhi bin Masah
GPK Kokurikulum

Yang berusaha
Tn. Hj. Sajat bin Ahmad
GPK Pendidikan Khas.

Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para murid, bunga bangsa sekalian.


Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis nan berbahagia pada pagi ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima kasih kepada pihak sekolah ini yang sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis ini.

Ambil puan letak di para,
Puan berisi emas sekati,
Budi tuan saya tak lupa,
Tetap tersemat di lipatan hati.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), pengawas SPBT dan pengawas Koperasi yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru, saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah resepi pengawas yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, sentiasalah memberi kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua murid sekolah ini mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang terpuji sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin. Sesungguhnya ‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power).
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan perkara yang baik dan buruk. Berdisipin ketika belajar harus dijadikan amalan.

Saya berdoa semoga SMK Tun mutahir ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan guru-guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha menbetuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya mendoakan supaya berjaya dalam setiap peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam segala aktiviti akademik, kokurikulum dan mungkin menjadi sekolah contoh di dalam negeri Melaka ini.


Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Murid SMK Tun Mutahir bagi tahun 2016. Sekian, terima kasih.

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2016

Majlis Pelantikan Pemimpin Murid 2016 telah diadakan pada 22 Februari 2016 bersamaan hari Isnin. Majlis yang penuh bermakna ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas am, pengawas PSS, pengawas koperasi dan SPBT yang bersiap sedia menunaikan amanah dengan rasa penuh tanggungjawab membantu meningkatkan kualiti bidang masing-masing. Majlis ini telah dirasmikan oleh DSP Huzaimi bin Othman yang turut menyampaikan beberapa amanat kepada semua murid dan pengawas yang dilantik. Turut diadakan bacaan ikrar oleh ketua pengawas am, Tong Shih Wei dan upacara menyerahkan watikah ikrar mereka kepada pengetua SMK Tun Mutahir.







LDP 4 : E BUKU REKOD

Pada 20 Februari 2016 telah diadakan LDP 4 bertajuk E Buku Rekod. Taklimat penulisan rancangan pelajaran harian secara talian online disampaikan oleh En. Jamil bin Hashim selaku fasilitator utama. beliau turut dibantu oleh beberapa rakan lain yang berpengalaman secara luas berkaitan penggunaan VLE Frog. Usai taklimat disampaikan, sesi perbengkelan diadakan bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan kemahiran guru-guru SMK Tun Mutahir.



Selasa, Februari 16, 2016

AKTIVITI-AKTIVITI BULAN FEBRUARI 2016

PELANCARAN NBOS 
ACARA MERENTAS DESA 
17.02.2016 (RABU)


PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA 
24.02.2016 (RABU)


LDP 4 : VLE FROG 
KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR 
27.02.2016 (SABTU)


MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH 
22.02.2016 (ISNIN)

Ahad, Februari 14, 2016

PERKONGSIAN MAKLUMAT...

PERNAHKAH KITA TERFIKIR????

PUSTAKA ILMU : KETENANGAN HATI KUNCI KECEMERLANGAN INSAN

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya menyakini bahawa dirinya adalah berasal dari suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, di antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin daripada-Nya.
Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; samasekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaanNya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, "Wahai hambaKu, mintalah kepadaKu, akan Daku penuhi segala permintaan kamu!", tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapa-Nya. Bukan sekali kita melihat senario seorang budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membelibelah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi 'ketenteraman' dan 'ketenangan hatinyalah' yang tercedera.


Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, "Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!". Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa 'sakit' pada jiwa dan emosinya telahpun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana budak itu yakin, ibunya memahami 'penderitaannya' dan ibunya 'mampu' mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti.

Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup ini adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasai bahawa di sana adanya satu 'kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.

Seorang yang genius sekalipun tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan dengan benar jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seorang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dipunyainya, dia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat 'teraputik' yang mampu menyegarkan kerengsaan jiwa dan kegersangan emosi.

Kekuatan rohaniah(SQ) akan menjadi menjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana.

Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, "Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?" (Ar-Ra'd: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasai keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu ¬ᆲ dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya ¬ᆲ berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan 'nur' kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasai ketenangan hidup dan kekentalan dan keharmonian emosi. Tuhan berfirman, "Dialah yang menurunkan 'sakinah' ke dalam hati orang-orang yang beriman!"(Al-Fath: 4). Erti 'sakinah' ialah ketenangan yang tetap.

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, adalah alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wudhuk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak 'buta' daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!

Pesan seorang cikgu...


Dipetik dari Majalah SBM: September - Disember 2007.

Pelajar-pelajar tercinta,
Yang bergelar teman senasib,
Ingat pesan cikgu,
Tiap-tiap pagi,
Ketika baru bangkit dari tidur yang lena,
Orang kurang upaya penglihatan,
Hidup kita sudah terpilih,
Untuk mengharungi arus cabaran dan rintangan,
Menempuh jalan berliku dan berlekuk.

Pelajar-pelajar tercinta,
Yang dianggap cerdik lagi bestari,
Ingat pesan cikgu,
Tiap-tiap hari,
Ketika menuntut ilmu di sekolah,
Orang kurang upaya penglihatan,
Tiada ungkapan mudah untuk kita.
Sudah tersurat,
Kita mesti berusaha,
Dengan tulang empat kerat,
Menterjemahkan buku rujukan dan latiha,n
Dari tulisan biasa kepada Braille,
Di samping guru-guru khas,
Akan melakukan bahagian mereka.

Pelajar-pelajar tercinta,
Yang terkenal sikap cekal dan tabahnya,
Ingat pesan cikgu,
Tiap-tiap tengah hari,
Ketika panas matahari membenamkan bahangnya,
Orang kurang upaya penglihatan,
Seharusnya perkataan putus asa tidak tampil dalam kamus hidup kita.,
Pahit maong keringat yang menitis,
Adalah jerih-perih kita.
Ribut pencubaan yang membadai,
Adalah dugaan yang terpaksa dihadapi.,

Pelajar-pelajar tercinta,
Yang sempurna sifat takwanya,
Ingat pesan cikgu,
Tiap-tiap senja,
Ketika burung-burung pulang ke sarang,
Orang kurang upaya penglihatan,
Kepada Tuhan kita berserah,
Segala usaha dan harapan,
Sambil bersujud di ruang Maha Suci,
Membiarkan jiwa dan raga,
Disinggahi suara Azan dan nyanyian Mazmur.

Pelajar-pelajar tercinta,
Yang diseru dengan panggilan rakan seperjuangan,
Ingat pesan cikgu,
Tiap-tiap malam,
Ketika bulan dan bintang sedang menjulang tinggi di langit,
Orang kurang upaya penglihatan,
Jangan lalai oleh mimpi indah,
Juga suara-suara merdu bak madu,
Mereka yang kononnya memperjuangkan hak kita,
Kerana masa depan dan cita-cita kita,
Adalah terletak di tangan kita sendiri.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2016





MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2016




TAKLIMAT ULBS 2016

Satu taklimat ringkas berkaitan ULBS bahasa Melayu dan bahasa Inggeris telah dijalankan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Taklimat ini disasarkan kepada semua murid tingkatan 4 sebagai pendedahan awal dalam menjalani ULBS bagi tingkatan 4 dan 5. Taklimat ini dimulakan dengan ucapan ringkas GKMP Bahasa, Pn. Zawiyah bt. Mohd.



MAJLIS PELANCARAN AKTIVITI BULAN PSS 2016


Setiap tahun Pusat Sumber Sekolah sentiasa komited menanamkan benih-benih cinta akan ilmu pengetahuan dalam sanubari setiap warga SMK Tun Mutahir. Sehubungan itu, pada pagi ini akan dijayakan Majlis Pelancaran Aktiviti PSS 2016 yang bertemakan Keterbukaan Minda Menjana Ilmu. Tema tahun ini dipilih sedemikian rupa supaya warga SMK Tun Mutahir terutama murid-murid menjadikan Pusat Sumber Sekolah bukan sahaja sebagai gudang ilmu melalui pembacaan buku, bahkan juga menjadikan PSS sebagai gudang pelbagai literasi maklumat.