Isnin, Disember 14, 2015

SAMBUTAN HARI GURU SMK TUN MUTAHIR 2015

Sempena mengenang jasa para pendidik SMK Tun Mutahir, warga sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015. Program yang dijalankan hampir separuh hari ini diceriakan dengan pelbagai persembahan oleh guru-guru berserta murid yang mengambil bahagian. Selepas itu, diadakan pula sukan rakyat untuk para guru. Majlis gemilang ini diakhiri dengan jamuan khas untuk para guru disertai staf sokongan sekolah. Berikut merupakan gambar-gambar sempena sambutan Hari Guru tersebut :


                                    Persembahan Tarian Singa oleh ahli Kelab Tarian Singa


                                              Tuan Pengetua memberikan sepatah dua kata





                       Persembahan para guru dan murid yang menceriakan sambutan Hari Guru 2015

Tiada ulasan: