Selasa, Mac 12, 2013

Majlis Persaraan Pn. Pon Sau Keng

Tanggal 28 Februari 2013 yang jatuh pada hari Khamis, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis bagi meraikan hari persaraan bagi salah seorang guru di sekolah SMK Tun Mutahir iaitu Cikgu Pon Sau Keng. Perancangan beliau selepas bersara adalah untuk menjadi seorang suri rumah tangga yang akan menumpukan sepenuh masa bersama keluarga dan mendapat rehat yang secukup-cukupnya. Beliau akan mengisi masa lapang dengan mempelajari Yoga dan berenang untuk mengurangkan tekanan serta menjaga kesihatan badan. Beliau juga merancang untuk melancong ke negara-negara lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pemandangan. Marilah sama-sama kita meniti perjalanan kerjaya Cikgu Pon sebagai seorang guru.

1988 - 1992 : SJKC Kampung Tegah, Segamat, Johor
1993 - 1994 : SJKC Pheng Lok, Air Kuning, Kampar, Perak
1994 - 2001 : SJKC Ying Chye, Bukit Rambai, Melaka
1998 - 2000 : Melanjutkan pelajaran di UPM
2001           : Tamat Ijazah Pertama dan berkhidmat di SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka
2002 - 2013 : SMK Tun Mutahir

Pengerusi Majlis Memulakan Majlis
Para Guru Mengambil Tempat
Ucapan Aluan Daripada Tuan Pengetua
Bacaan Biodata oleh Cikgu Prabha
Ucapan Yang Dinanti-nantikan
Pelbagai Cerita Dan Nasihat Dikongsikan Oleh Cikgu Pon
Pelajar Bergembira Menyambut Hari Persaraan Cikgu Pon
Barisan AJK Hadiah
Persembahan Istimewa Daripada Cikgu Mohd Noor
Sajak Khas daripada Cikgu Mohd Noor
Panitia Sains
Badan Pengawas
Tingkatan 3
Tingkatan 2
Merakam Memori Detik Perpisahan
SELAMAT BERSARA CIKGU PON. JASAMU DIKENANG



















Tiada ulasan: