Tanggal 28 Februari 2013 yang jatuh pada hari Khamis, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis bagi meraikan hari persaraan bagi salah seorang guru di sekolah SMK Tun Mutahir iaitu Cikgu Pon Sau Keng. Perancangan beliau selepas bersara adalah untuk menjadi seorang suri rumah tangga yang akan menumpukan sepenuh masa bersama keluarga dan mendapat rehat yang secukup-cukupnya. Beliau akan mengisi masa lapang dengan mempelajari Yoga dan berenang untuk mengurangkan tekanan serta menjaga kesihatan badan. Beliau juga merancang untuk melancong ke negara-negara lain untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pemandangan. Marilah sama-sama kita meniti perjalanan kerjaya Cikgu Pon sebagai seorang guru.
1988 - 1992 : SJKC Kampung Tegah, Segamat, Johor
1993 - 1994 : SJKC Pheng Lok, Air Kuning, Kampar, Perak
1994 - 2001 : SJKC Ying Chye, Bukit Rambai, Melaka
1998 - 2000 : Melanjutkan pelajaran di UPM
2001 : Tamat Ijazah Pertama dan berkhidmat di SMK Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka
2002 - 2013 : SMK Tun Mutahir
|
Pengerusi Majlis Memulakan Majlis |
|
Para Guru Mengambil Tempat |
|
Ucapan Aluan Daripada Tuan Pengetua |
|
Bacaan Biodata oleh Cikgu Prabha |
|
Ucapan Yang Dinanti-nantikan |
|
Pelbagai Cerita Dan Nasihat Dikongsikan Oleh Cikgu Pon |
|
Pelajar Bergembira Menyambut Hari Persaraan Cikgu Pon |
|
Barisan AJK Hadiah |
|
Persembahan Istimewa Daripada Cikgu Mohd Noor |
|
Sajak Khas daripada Cikgu Mohd Noor |
|
Panitia Sains |
|
Badan Pengawas |
|
Tingkatan 3 |
|
Tingkatan 2 |
|
Merakam Memori Detik Perpisahan |
|
SELAMAT BERSARA CIKGU PON. JASAMU DIKENANG |