Dengan Tema 1 Malaysia : 'Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54 peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan begitu meriah pada 15 Ogos 2011 jam 7.30 pagi bertempat di Tapak Perhimpunan SMK Tun Mutahir. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan serta mempertingkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar SMK Tun Mutahir. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang bulan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan negara yang ke 54 tahun. Antara aktiviti yang disediakan ialah pertandingan melukis poster, kuiz, drama, pameran, pohon merdeka, buku skrap dan lain-lain lagi.
Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Hussin Bin Siron
Tiada ulasan:
Catat Ulasan