Hari Ko-kurikulum yang telah berlangsung baru-baru ini berjaya dilaksanakan dalam suasana yang meriah dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga SMK Tun Mutahir. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti jualan gerai kelab-kelab dan persatuan-persatuan ko-kurikulum, pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta, pertandingan permainan dalaman dan luaran, tayangan filem, rumah hantu, deklamasi sajak, karaoeke dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan