Program Jaya Waris telah berjalan dengan lancar . Program ini adalah idea inovasi oleh Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus selaku Pengetua SMK Tun Mutahir, Melaka. Sistem markah murid dan disiplin dipaparkan dalam Pengurusan Q-net dan E-disiplin secara online. Program ini dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh/Hari : 24 Jun 2011(Jumaat)
Masa : 8.00 pagi -12.00 petang (sesi pagi)
3.00 pagi - 6.00 petang (sesi petang)
Masa : 8.00 pagi -12.00 petang (sesi pagi)
3.00 pagi - 6.00 petang (sesi petang)
Peranan dan tanggungjawab ibu bapa amat penting dalam menentukan kejayaan akademik anak masing-masing. Pencapaian akademik anak mereka, boleh diperbaiki dari peringkat awal lagi jika ibu bapa dimaklumkan terlebih awal dan perbincangan dapat dijalankan mengenai masalah akademik dan sebarang masalah lain yang boleh mengganggu pencapaian akademik bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, Guru Tingkatan atau Guru Mata Pelajaran.
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan agar anak masing-masing (para pelajar ) lulus dalam peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan dan peratus kualiti pelajar cemerlang di peringkat sekolah.
PERATUSAN KEHADIRAN IBU BAPA PENJAGA PELAJAR BAGI
PROGRAM JAYA WARIS 2011
TARIKH: 24 JUN 2011 (JUMAAT)
SESI PAGI : 8.00 PAGI -12.00 TENGAHARI KELAS | JUMLAH PELAJAR | JUMLAH KEHADIRAN IBU BAPA /PENJAGA | PERATUSAN KEHADIRAN |
3A | 37 | 13 | 35.14 % |
3J | 38 | 9 | 23.68 % |
3I | 37 | 4 | 10.81 % |
5SN | 36 | 2 | 5.56 % |
5SSI | 26 | 2 | 7.69 % |
JUMLAH | 174 | 30 | 17.24 % |
SESI PETANG : 3.00 PETANG -6.00 PETANG
KELAS | JUMLAH PELAJAR | JUMLAH KEHADIRAN IBU BAPA/PENJAGA | PERATUSAN KEHADIRAN |
1I | 31 | 20 | 64.52 % |
1A | 30 | 13 | 43.33 % |
1J | 28 | 2 | 7.14 % |
2I | 33 | 13 | 39.39 % |
2A | 30 | 7 | 23.33 % |
2J | 29 | 12 | 41.38 % |
JUMLAH | 181 | 67 | 37.02 % |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan