Jumaat, April 08, 2011

CERAMAH DAN MESRA KETUA POLIS DAERAH MELAKA TENGAH BERSAMA PELAJAR SMK TUN MUTAHIR 2011

Ceramah  dan Mesra Ketua Polis Daerah Melaka Tengah telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Uzt Sajat Bin Ahmad, disusuli pula oleh ucapan Pengetua, Tn Hj Zolkaply Bin Yunus dan Ceramah yang disampaikan oleh ACP Sallehuddin Bin Hj Abd Razak, selaku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah. Majlis juga diserikan dengan kehadiran DSP Gan Chip Poh ( Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Melaka Tengah) dan barisan pegawai-pegawai polis yang lain.

Semoga dengan ceramah tersebut, dapat menyedarkan pelajar tentang pentingnya menjauhkan diri daripada terlibat di dalam kegiatan jenayah pada masa akan datang.


Anggota-anggota polis yang menghadiri majlis ini (Gambar kiri). Tuan Pengetua, Haji Zolkaply bin Yunus memberikan ucapannya. (Gambar kanan, tiga ke bawah)
DSP Gan Chip Poh (gambar kiri)
ASP Sallehuddin bin Haji Abd Razak memberikan ucapannya (gambar kanan, atas).
Tuan Pengetua menyampaikan cenderahati kepada ASP (gambar kanan, bawah)

Tiada ulasan: