Jumaat, Julai 17, 2009

TERIMA KASIH DARI WAGRA SMKTMu

Majlis menghargai sumbangan guru pelatih yang tamat praktikumnya pada 17 Julai 2009 ( Jumaat ) telah diadakan secara ringkas di Bilik Gerakan Pendidikan Khas, SMKTMu. 6 orang guru pelatih tersebut merupakan 3 dari UPM dan 3 dari UKM. Dalam ucapannya, Tuan Pengetua iaitu Haji Zolkaply bin Yunus merakamkan rasa terhutang budi atas bakti yang dihulurkan. Beliau amat menyukai kehadiran guru pelatih kerana ianya sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah. Beliau juga mengucapkan selamat mengajar dan selamat meneruskan kuliah kepada mereka yang memasuki semula universiti. Beliau juga memberitahu bahawa pada tarikh ini ( 17 Julai ) merupakan tarikh beliau memulakan perkhidmatan sebagai guru di Sabah selepas habis belajar.
Ucapan pembakar semangat dari Tuan Pengetua

Pokok mana ambil ni ? Tapi terima kasih ye... Selalu-selalulah tengok perkembangan pokok ni.

Wakil pelatih menyampaikan ucapan

Cikgu Norhaliza

Cikgu Nur Raidah

Cikgu Suhasmuh

Salam kenangan bersama pentadir sekolah.

Tiada ulasan: