Hari Penyampaian Hadiah dan Mesyuarat Agung PIBG ke-36 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Tukiman Bin Sayun, Timbalan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka. Majlis dimulakan upacara penyampaian hadiah bagi kecemerlangan akademik sepanjang tahun 2008 termasuklah pelajar cemerlang PMR 2008 dan SPM 2008.
Kemudian disusuli dengan Mesyuarat Agung PIBG ke-36, antara agenda mesyuarat tersebut:
Kemudian disusuli dengan Mesyuarat Agung PIBG ke-36, antara agenda mesyuarat tersebut:
- Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung ke-35 sesi 2007/08
- Bangkitan minit
- Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG sesi 2007/08
- Membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2008
- Membentang dan menerima usul-usul bertulis
- Meluluskan Bayaran Tambahan sekolah dan Derma PIBG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan