Sejarah SMK Tun Mutahir
Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan pendidikan, munculnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir di tengah-tengah kelompok dunia pendidikan khususnya di Negeri Melaka. Pada 1hb. Januari 1965 hanya bermula dengan sepuluh buah kelas yang terdiri daripada 362 orang murid lelaki berasal dari penduduk persekitaran 15 Km iaitu Kampung Bacang, Kg. Sungai Putat, Batu Berendam, Peringgit, Bukit Beruang, Bukit Katil, Bukit Pulau, Air Keroh dan kampung-kampung berhampiran telah memulakan asas penubuhan sekolah ini. Pada mulanya ia menumpang belajar di Anglo Chinese School, Melaka.
Pada 1hb. Januari 1966 berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Durian Daun (kini dikenali Sekolah Men. Keb. Tun Tijah). Kemudian pada 1hb. Januari 1967 berpindah pula ke Sekolah Menengah Rendah Satu Batu Berendam, Melaka. Kemudian namanya ditukarkan kepada SEKOLAH TUN MUTAHIR (kini dikenali sebagai S.M.K.TUN MUTAHIR).
Pada 17hb. Januari 1968, sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir bin Johari. Selaku Menteri Pelajaran Malaysia masa itu. Bermula tahun 1976, pengambilan murid-murid peralihan telah dimulakan. Pada 1hb. Januari 1979 pengambilan murid-murid perempuan telah dibuat. Pada tahun 1989, buat pertama kalinya pelajar-pelajar sekolah ini mula menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Ini disusuli pula dengan pengwujudan aliran sains tulin bermula 3hb. Disember 1991.
Visi SMK Tun Mutahir
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir Sekolah Berkesan Tahun 2010
Misi SMK Tun Mutahir
Untuk memberikan pendidikan yang holistik melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan modal insan melalui budaya permuafakatan bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, PIPP dan Misi Nasional Negara.
Falsafah SMK Tun Mutahir
Semua pelajar sekolah Tun Mutahir berpotensi untuk menjadi insan yang berilmu dan cemerlang. Guru-guru pula sentiasa berusaha menjadi pendidik yang efisyen dan berkesan. Persekitaran pula adalah manifestasi ilmu dan budaya ilmu itu sendiri.
Matlamat SMK Tun Mutahir
Melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal yang mencakupi perkembangan jasmani, mental dan rohani.Membentuk warganegara yang hidup bermasyarakat, berbudi pekerti mulia, hormat menghormati dan berusaha memajukan diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan