Isnin, Februari 23, 2009

PROGRAM KU KASIH KU SAYANG (Mentor - Mentee)




Program Ku Kasih Ku Sayang bermula. Program ini julung kali dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Tun Mutahir.

Program ini bematlamat untuk membimbing dan melahirkan para pelajar yang berjiwa besar serta kental bagi menempa kejayaan dalam akademik dan sahsiah yang mantap.

Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing tinggi dan menjadi pelajar yang bertanggungjawab dan berupaya maju.

Khamis, Februari 19, 2009

PERTANDINGAN NASYID & MENULIS JAWI




Bertempat di SMK Tinggi (P) Melaka, berlangsung Pertandingan Nasyid & Menulis Jawi/Khat Peringkat Kawasan Bukit Cina.
SMK Tun Mutahir telah muncul sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Menulis Jawi/Khat. Manakala grup nasyid SMK Tun Mutahir menduduki tempat ke-6 dalam Pertandingan Nasyid.
Diharapkan kecemerlangan dapat diteruskan pada masa datang.
Peserta Menulis Jawi/Khat SMKTMu
  1. Bebe Syakinah (4SN)
  2. Ainsyah (4SN)
  3. Suliana (4EA)
  4. Yasmin (4SN)

Grup Nasyid SMKTMu

  1. Hafizuddin (5SI)
  2. Darsan (5PA)
  3. Afiq (5SI)
  4. Anuar (5SI)
  5. Marzlan (5SI)
  6. Hilmi (5SI)
  7. Mulidham (5SI)
  8. Wan (5PD2)

Ahad, Februari 15, 2009

DATANG DAN PERGI

SELAMAT DATANG
KEPADA
HJ. ZOLKAPLY BIN YUNUS
PENGETUA BARU SMK TUN MUTAHIR
SELAMAT BERTUGAS
KEPADA
MANTAN PENGETUA SMK TUN MUTAHIR
HJ. MOHAMAD YUSOFF BIN OSMAN
(KINI BERTUGAS DI SMK BUKIT BARU)

SERTA
MANTAN GPK1 SMK TUN MUTAHIR
HJ. AHMAD BIN NGADI
(KINI BERTUGAS DI KOLEJ MATRIKULASI MELAKA)

TIDAK LUPA JUGA
SELAMAT BERTUGAS
KEPADA

PN. HAZLINA BT ABD HALIM (SMK DURIAN TUNGGAL)
PN. ARIZAH BT ATAN (SMK PADANG TEMU)
PN. JAHRAH BT MD JALI (SMK SERI PENGKALAN)

Sabtu, Februari 14, 2009

MUKADIMAH

Sejarah SMK Tun Mutahir

Sejajar dengan pertumbuhan dan perkembangan pendidikan, munculnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir di tengah-tengah kelompok dunia pendidikan khususnya di Negeri Melaka. Pada 1hb. Januari 1965 hanya bermula dengan sepuluh buah kelas yang terdiri daripada 362 orang murid lelaki berasal dari penduduk persekitaran 15 Km iaitu Kampung Bacang, Kg. Sungai Putat, Batu Berendam, Peringgit, Bukit Beruang, Bukit Katil, Bukit Pulau, Air Keroh dan kampung-kampung berhampiran telah memulakan asas penubuhan sekolah ini. Pada mulanya ia menumpang belajar di Anglo Chinese School, Melaka.

Pada 1hb. Januari 1966 berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Durian Daun (kini dikenali Sekolah Men. Keb. Tun Tijah). Kemudian pada 1hb. Januari 1967 berpindah pula ke Sekolah Menengah Rendah Satu Batu Berendam, Melaka. Kemudian namanya ditukarkan kepada SEKOLAH TUN MUTAHIR (kini dikenali sebagai S.M.K.TUN MUTAHIR).

Pada 17hb. Januari 1968, sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Mohd Khir bin Johari. Selaku Menteri Pelajaran Malaysia masa itu. Bermula tahun 1976, pengambilan murid-murid peralihan telah dimulakan. Pada 1hb. Januari 1979 pengambilan murid-murid perempuan telah dibuat. Pada tahun 1989, buat pertama kalinya pelajar-pelajar sekolah ini mula menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Ini disusuli pula dengan pengwujudan aliran sains tulin bermula 3hb. Disember 1991.

Visi SMK Tun Mutahir

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir Sekolah Berkesan Tahun 2010

Misi SMK Tun Mutahir

Untuk memberikan pendidikan yang holistik melalui pendekatan bersepadu bagi melahirkan modal insan melalui budaya permuafakatan bertunjangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, PIPP dan Misi Nasional Negara.

Falsafah SMK Tun Mutahir

Semua pelajar sekolah Tun Mutahir berpotensi untuk menjadi insan yang berilmu dan cemerlang. Guru-guru pula sentiasa berusaha menjadi pendidik yang efisyen dan berkesan. Persekitaran pula adalah manifestasi ilmu dan budaya ilmu itu sendiri.

Matlamat SMK Tun Mutahir

Melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal yang mencakupi perkembangan jasmani, mental dan rohani.Membentuk warganegara yang hidup bermasyarakat, berbudi pekerti mulia, hormat menghormati dan berusaha memajukan diri, keluarga, bangsa, agama dan Negara.