Isnin, Januari 09, 2012

Majlis Perpisahan Encik Ghafar bin Yahya

Guru yang amat kita sayangi iaitu Encik Ghafar bin Yahya, mantan GPK HEM SMK Tun Mutahir telah dilantik ke jawatan baru sebagai Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) dan dipindahkan ke Anglo Chinese School (ACS), Tengkera, Melaka. Jasa dan bakti beliau sepanjang berada di sini amat dihargai dan dikenang selalu. Tahniah kepada beliau. Semoga sentiasa cemerlang di tempat baru.....

"JASAMU DIKENANG BUDIMU DISANJUNG,
KASIHMU TERPATRI DI SANUBARI"

Tarikh   : 9 Januari 2012
Masa    : 7.30 pagi
Tempat : Dataran SMK Tun Mutahir


Tuan Pengetua, Tn Hj. Hussin bin Sirun memberikan ucapannya (Gambar kiri).
Bacaan sajak yang bertajuk "Rindu Yang Berlalu" oleh Encik Mohd Noor bin Md. Zam (Gambar kanan)

Ucapan daripada guru yang diraikan, Encik Ghafar bin Yahya (Gambar kiri).

Antara cenderamata khas untuk Encik Ghafar.


Tuan Pengetua, Tn. Hj. Hussin menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata  kepada Encik Ghafar (Gambar kiri).  Tn. Hj. Ismail bin Abdullah, GPK HEM menyampaikan cenderamata kepada Encik Ghafar (Gambar kanan)

Antara wakil guru-guru dan staf sokongan yang menyampaikan cenderamata kepada Encik Ghafar.
Antara wakil pelajar-pelajar yang menyampaikan cenderamata.

Sesi bersalaman bersama pelajar-pelajar.

Khamis, Januari 05, 2012

Hari Pertama Persekolahan 04/01/2012 dan Orientasi Pelajar-pelajar Tingkatan 4


Tuan Haji Hussin bin Sirun, pengetua SMK Tun Mutahir memberikan ucapannya


Penyerahan surat lantikan kuasa merotan kepada beberapa orang guru yang terpilih. Gambar atas kiri GPKI 1, Puan Hajah Kamariah binti Othman. Gambar atas kanan GPK KO-KU, Encik Muhammad Radhi bin Masah. Gambar bawah kiri GPK Pendidikan Khas, Tuan Haji Sajat bin Ahmad. Gambar bawah kanan GKMP Bahasa, Puan Latifah binti Hassan.

Taklimat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4

Rabu, November 16, 2011

i-MAS-C-U Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program IPTA

Sistem Semakan Syarat Khas Program ke IPTA (i-MAS-C-U) boleh digunakan untuk membuat semakan syarat bagi program yang ditawarkan pada semua IPTA di Malaysia.
Semakan boleh dibuat untuk program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi Lepasan :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

sila klik        http://imascu.upu.mohe.gov.my/