Sabtu, Mei 15, 2010

PUISI KHAS HARI GURU

Guru O Guru

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Ahad, Mei 09, 2010

LATIHAN PERSEMBAHAN SUKMA 10

SMK TUN MUTAHIR TELAH TERPILIH DI ANTARA SALAH SATU SEKOLAH YANG MENJADI PENYERI DALAM SUKMA 2010 NANTI. SERAMAI 400 PALAJAR SMK TUN MUTAHIR AKAN TERLIBAT DALAM UPACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN SUKMA.
TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG TERLIBAT.




Rabu, April 07, 2010

MAJLIS PERPISAHAN EN. ZAINUDDIN BIN HJ. KOMING - GPK1







Majlis Perpisahan En Zainuddin Bin Hj. Koming (GPK 1) telah sempurna dilaksanakan pada 2 April 2010 bersamaa hari Jumaat bertempat di Dataran Tun Mutahir. Majlis didahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Razak diikuti dengan nyanyian 3 buah lagu, Ucapan Tuan Pengetua Tn Hj Zolkaply Bin Yunus seterusnya Ucapan En. Zainuddin Bin Hj Koming dan diakhiri dengan penyampaian hadiah. Majlis diserikan lagi dengan deklamasi sajak spontan oleh En Mohd Noor B Md Zam.

"Tuai Padi Antara Masak, Esok Jangan Layu-Layuan, Intai kami antara nampak, Esok Jangan Rindu-Rinduan" Semua warga Tun Mutahir mengucapkan selamat maju jaya kepada En Zainuddin yang disayangi.

Isnin, Mac 29, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010. MASYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37 DAN PELANCARAN SUKARELAWAN SEKOLAH



Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010 , Mesyuarat Agung PIB kali Ke 37 dan Pelancaran Sukarelawan telah dilaksanakan dengan jayanya pada 27 Mac 2010 ( Sabtu). Majlis telah dirasmikan oleh YB DATUK CHIW TIANG CHAI, DMSM, JSM, BCM, PJK, JP MAJLIS HANG TUAH JAYA, , MELAKA.