Ahad, Jun 12, 2016
KEMPEN ANTIBULI SMK TUN MUTAHIR 2016
Sebagai langkah membasmi gejala gangsterisme dan buli dalam kalangan murid-murid, sekolah telah menganjurkan satu kempen kesedaran terhadap keburukan dua perkara tidak bermoral ini. Murid-murid diberikan penerangan yang selengkapnya agar tidak melibatkan diri dalam gejala ini yang menjadi racun perosak hubungan harmonis sesebuah masyarakat.
Ahad, Mei 15, 2016
DIALOG PRESTASI AKADEMIK 2016
Pada 09 Mei 2016 yang lalu, SMK Tun Mutahir dan Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah telah berganding bahu menjayakan Dialog Prestasi Akademik 2016. Kolaborasi antara dua pihak ini diadakan bertujuan untuk membincang tentang prestasi SPM 2015 dan bersama-sama melahirkan pelbagai idea untuk melonjakkan prestasi SPM 2016 SMK Tun Mutahir. Dialog ini dihadiri oleh para pegawai PPD Melaka Tengah yang diketuai oleh En. Abdul Halim bin Abdul Malek selaku Ketua PPD Melaka Tengah, En. Juat bin Mat Lani, En. Ali Alizan, En. Abu Samah, barisan pegawai SISC, para pentadbir SMK Tun Mutahir dan guru-guru tingkatan 4 dan 5. Dialog dimulakan dengan ucapan alu-aluan En. Ali Alizan yang memaklumkan tujuan sebenar dialog ini diadakan dan diikuti sesi pembentangan prestasi oleh En. Alias bin Mahpol@Mohamad. Dialog ini ditamatkan pada jam 5.30 petang.
Isnin, Mac 28, 2016
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TUN MUTAHIR KALI KE-43 SESI 2015/2016
Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Mutahir kali ke-43 telah diadakan pada hari Ahad bersamaan 27 Mac 2016. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia En. Abdul Halim bin Abdul Malek, pegawai PPD Melaka Tengah. Mesyuarat ini dimulakan dengan kehadiran ibu bapa menyerikan majlis. Kemudian, diikuti dengan program motivasi keibubapaan. Prgram ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah yang didatagkan khas untuk memberi pelbagai suntikan motivasi ibu bapa ke arah melahirkan anak-anak yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Selepas itu, dijalankan Mesyuarat Agung PIBG dan pelantikan AJK baharu. Turut diadakan slot Aku Janji oleh wakil murid-murid tingkatan 3 dan 5 yang masing-masing akan menduduki PT3 dan SPM tahun ini. Usai perasmian program, diteruskan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan bagi murid-murid cemerlang PT3 dan SPM. Majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah bagi para ibu bapa dan guru yang hadir.
Langgan:
Catatan (Atom)