Isnin, Mac 30, 2015

VIDEO MOTIVASI


PROGRAM SISC BAHASA INGGERIS 2015

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 28 Mac 2015, Panitia Bahasa Inggeris SMK Tun Mutahir telah mengadakan satu program keilmuan bertajuk Kagan's Cooperative Learning Structures bertempat di perpustakaan SMK Tun Mutahir. Program tersebut disampakan oleh Pn. Daphne Rosaline Henry Thomas. Program ini merupakan kolaborasi Panitia Bahasa Inggeris SMK Tun Mutahir dan sekolah-sekolah lain yang terlibat sama menjayakan program ini. Berikut merupakan gambar sepanjang program berlangsung :


                      Taklimat disampaikan oleh Pn. Daphine  Rosaline Henry Thomas.

                 Sekumpulan guru mengadakan aktiviti perbincangan dalam kumpulan.

                                                       Sesi bergambar usai program.

Isnin, Mac 23, 2015

LILIN SEORANG GURU


Pernah langkahku payah
Menuju ke destinasi

Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arahku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam kulihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam

Menerangi hidupku kini

TAKLIMAT STRATEGI PENGAJARAN TATABAHASA UNTUK GURU-GURU BAHASA MELAYU

Satu taklimat berkaitan Strategi Pengajaran Tatabahasa telah dilakukan oleh Panitia Bahasa Melayu khusus untuk guru-guru bahasa Melayu. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohamad bin Musip, pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu IPG Perempuan Melayu Melaka, Durin Daun. Taklimat ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan guru-guru bahasa Melayu berkenaan teknik atau strategi berkesan menarik minat murid dalam pengajaran tatabahasa. Di samping itu, taklimat ini juga boleh mewujudkan idea-idea kreatif guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran.
Beikut merupakan gambar sesi taklimat tersebut :

                                     Guru-guru bahasa Melayu sedang mendengar taklimat.

                                        En. Mohamad bin Musip menyampaikan taklimat.


                                                    Sesi bergambar kenang-kenangan.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSS KAWASAN BUKIT CINA 2015

Pada 2 hingga 4 Mac 2015, pihak sekolah telah menghantar pasukan olahraga bagi menyertai Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kawasan Bukit Cina 2015. Seramai 11 orang atlet sekolah bersama 3 orang guru pengiring berkampung selama 3 hari di IPG Perempuan Melayu Melaka, Durian Daun. Dalam kejohanan tersebut, SMK Tun Mutahir memperoleh 1 pingat emas (acara lontar peluru L15), 2 pingat perak (acara 200M L18 dan 1500M L15) dan 2 pingat gangsa (acara 800M L15 dan 3000 T P18). sehubungan itu, terdapat atlet yang berjaya mengorak langkah ke cabaran peringkat Daerah Melaka Tengah. Syabas diucapkan kepada atlet yang berjaya!
Berikut merupakan pemenang-pemenang pingat tersebut :

                                               Pemenang pingat emas : Boo Jin Siang (3A)

                                            Pemenang pingat gangsa : Nur Ain Ainur (4SS)

                                     Pemenang pingat perak dan gangsa : Muhd. Umar (3D)

                                               Pemenang pingat perak : Azrul Shah (5K1)

                                        Guru pengiring membantu salah seorang atlet.

KEJOHANAN MERENTAS DESA "CABARAN BUKIT SEDANAN" 2015

Pada bulan Februari yang lalu, pihak sekolah telah menghantar pasukan olahraga untuk menyertai Kejohanan Merentas Desa " Cabaran Bukit Sedadan" 2015. Seramai 9 orang peserta telah terpilih untuk menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan Merentas Desa bermula sekitar jam 9.00 pagi dengan dimulai aktiti senamrobik. Para peserta SMK Tun Mutahir telah diberikan sijil penyertaan setelah tamat kejohanan. Guru-guru yang terlibat dalam pengurusan pasukan ialah En. Muhammad Izuan dan En. Lye Yoong Kim. Berikut merupakan gambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang ke sekolah :

                            Para peserta SMK Tun Mutahir bergambar bersama guru pengiring.