Sabtu, Januari 19, 2013

Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4

Tahun baru dengan semangat yang baru membuka tirai sesi persekolahan tahun 2013. Program pertama yang dijalankan adalah orientasi bagi pelajar-pelajar baru, tingkatan 1, dan pelajar-pelajar tingkatan 4. Program orientasi dijalankan dengan bertujuan untuk pelajar-pelajar membiasakan diri dengan keadaan sekolah dan program yang bakal dijalankan sepanjang tahun ini. Bagi pelajar tingkatan 4 pula, program ini perlu untuk mengfokuskan mereka kepada pelajaran yang bakal dihadapi mereka dan seterusnya membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2014. Marilah kita meninjau suasana ketika program orientasi yang dijalankan.

TINGKATAN 1
Seramai 430 orang pelajar yang mendaftar ke tingkatan 1 dan peralihan

Ceramah berkenaan disiplin yang disampaikan oleh Cikgu Lee Kok Kong

Wajah-wajah pelajar yang bakal menjadi insan berjaya di SMK Tun Mutahir

Taklimat daripada GPK Petang, Cikgu Hajah Manja Bt. Md Doli

TINGKATAN 4
Pelajar-pelajar tingkatan 4

Komunikasi dua hala
Keceriaan pelajar-pelajar tingkatan 4

Taklimat Pusat Sumber Sekolah



Isnin, Januari 14, 2013

Program Pendaftaran dan Oreintasi Murid Baru 2013

Tanggal 28 Disember 2012 ( Jumaat)  Program pendaftaran Dan Orientasi Murid Baru 2013 telah berlangsung dengan jayanya. Matlamat program ialah untuk mendedahkan murid dengan maklumat-maklumat asas sekolah kurikulum serta asas kendiri yang jelas demi memantapkan personaliti murid keseluruhannya dalam permulaan pendidikan menengah rendah. Adalah diharapkan program ini dapat berjalan dengan baik dan lancar serta mendapat kerjasama dan sokongan semua pihak.




Para Ibubapa khusyuk mendengar taklimat PBS


Para Ibubapa dan anak sedang mendengar talimat PBS

Hari Keluarga SMKTMu 2012

Acara tahun 2012 diteruskan lagi dengan Hari Keluarga SMKTMu 2012. Hari keluarga ini diadakan di Homestay D'alai. Disamping bercuti dengan ahli keluarga yang tercinta, para guru juga dapat merapatkan hubungan dan bersuka ria sesama rakan sekerja. Hari keluarga ini dijalankan selama 2 hari 1 malam yang padat dengan aktiviti-aktiviti yang hebat dan menghiburkan.










Sabtu, Januari 12, 2013

Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu 2012

Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu merupakan acara kemuncak pada tahun 2012. Dengan bertemakan pakaian bebas, malam ini memberikan ruang kepada guru-guru SMKTMu untuk menghilangkan tekanan dengan bergembira bersama rakan sekerja. Antara acara yang disediakan adalah persembahan multimedia, sesi teka-teki, anugerah pakaian tercantik dan juga cabutan bertuah. Para guru juga dijamukan dengan makanan yang begitu lazat dan menyelerakan. Terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu 2012.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah

Wajah ceria para undangan Malam Tautan Kasih Kelab Keluarga SMKTMu 2012

Sesi teka-teki yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Noor

Antara calon bagi anugerah pakaian tercantik

Pemenang anugerah pakaian tercantik