Rabu, Mac 30, 2011
Program Menangani Masalah Disiplin
Program Menangani Masalah Disiplin dijalankan pada 30 Mac 2011(Rabu) jam 1.10 hingga 1.30 petang yang bertempat di Bilik Tayang, SMK Tun Mutahir, Melaka. Program ini adalah anjuran Unit HEM dan Unit Bimbingan & Kaunseling.Seramai 40 pelajar telah menyertai program ini. Antara pengisian program adalah Ceramah disampaikan oleh Inspektor Azahar dan Sarjan Mejar Jalaludin.
PROGRAM JOM SIHAT 2011
Majlis dimulakan dengan baccan doa oleh Uzt Rosli Mahat
En Ghaffar melancarkan gimik Jom Sihat
Gimik Jom Sihat - Pembakaran Rokok
Majlis diserikan dengan Tarian Kesihatan
PENILAIAN ANUGERAH KEPIMPINAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI PERINGKAT KEBANGSAAN
Untuk makluman, pada hari ini satu penilaian akan dijalankan sempena SMK Tun Mutahir dicalonkan bagi Anugerah Kepimpinan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Peringkat Kebangsaan. Kami warga SMk Tun Mutahir mengucapkan tahniah kepada Tuan Pengetua dan mendoakan semoga berjaya.
Selasa, Mac 29, 2011
Mesyuarat Agung PIBG 2011 Kali ke 38 Dan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2011
Kedatangan YB Datuk Haji Md. Sirat bin Abu, ahli parlimen Bukit Katil diraikan |
AJK PIBG bergambar kenangan bersama dengan YB Datuk Haji Md. Sirat bin Abu |
Suasana di dalam Dewan Mutahir |
YB Datuk Haji Md. Sirat bin Abu memberikan ucapan perasmian bagi Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 38 |
Tuan pengetua, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus dan Yang Dipertua PIBG, Encik Velaithan Atchutha Nair menyampaikan ucapan masing-masing |
Penyampaian sijil Anugerah Kecemerlangan |
Tokoh Pendidikan Khas Lelaki (bapa pelajar menjadi wakil) dan Perempuan |
Pelajar Terbaik Program NILAM Sekolah |
Tokoh Sukan Lelaki dan Perempuan |
Sijil Penghargaan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Zolkaply Yunus atas Perkhidmatan Cemerlang Meningkatkan Prestasi Matapelajaran Matematik oleh YDP PIBG, Encik Velaithan Atchutha Nair |
|
Penyampaian sijil penghargaan kepada AJK Tertinggi PIBG, AJK Ibubapa dan Setiausaha PIBG |
| ||
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 |
Cabutan bertuah |
Isnin, Mac 28, 2011
Aktiviti Menceriakan Sekolah
Aktiviti tersebut dijalankan pada hari Khamis, 24.3.2011 yang lalu. Guru MPV iaitu Cikgu Nazrul Fazly Che Din bersama-sama dengan pelajar-pelajar dan pekerja sekolah bekerjasama bagi menjayakan aktiviti tersebut.
Ujian PERMATApintar UKM1
Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ yang mengukur kebolehan verbal melalui perbendaharaan kata dan penaakulan(reasoning) secara logikal. Ujian ini berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui laman web. Pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja yang boleh mengambil ujian ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1, sila berhubung dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Ahad, Mac 27, 2011
Khamis, Mac 24, 2011
Kursus Pembinaan Blog Pelajar
Sasaran: Semua pelajar SMKTMu
Tempat: Makmal komputer
Masa: Akan diumumkan dari semasa ke semasa
Anjuran: Unit ICT
Sila rujuk KERTAS KERJA.
Tempat: Makmal komputer
Masa: Akan diumumkan dari semasa ke semasa
Anjuran: Unit ICT
Sila rujuk KERTAS KERJA.
Rabu, Mac 23, 2011
Kempen JOM HIDUP SIHAT
Tarikh: 28.3.2011 hingga 1.4.2011
Masa: Rujuk Tentatif Program
Anjuran: Panitia PJK
Sila rujuk:
Tujuan, Matlamat dan Objektif Program
Senarai AJK
Tentatif Program
Masa: Rujuk Tentatif Program
Anjuran: Panitia PJK
Sila rujuk:
Tujuan, Matlamat dan Objektif Program
Senarai AJK
Tentatif Program
Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010
Keputusan SPM 2010 telah diumumkan pada hari ini di Dewan Mutahir kira-kira pukul 11.40 pagi tadi. Pencapaian SPM pada kali ini menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding tahun 2009. Dua orang pelajar berjaya merangkul "straight" A dalam 9 dan 12 matapelajaran yang diambil oleh mereka. Penyerahan slip keputusan peperiksaan SPM disempurnakan sendiri oleh tuan pengetua, Tuan Haji Zolkaply bin Yunus. Manakala Yang Dipertua PIBG, Encik Velaithan Atchutha Nair juga sama-sama hadir bagi memeriahkan majlis ini.
Raptai Majlis Anugerah Kecemerlangan (Sesi pagi dan petang)
Tarikh: 24/3/2011
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Dewan, Mutahir, SMKTMu
Semua jawatankuasa pelajar yang terlibat diminta hadir untuk persiapan akhir.
Arahan Pengetua .
Selasa, Mac 22, 2011
Latihan Kebakaran
Latihan akan diadakan pada ketentuan berikut:
Tarikh: 24/03/2011
Hari: Khamis
Masa: 8.45 pagi
Sila rujuk:
Senarai AJK Kebakaran
Garis Panduan dan Peraturan Pelaksanaan Latihan Kebakaran
Pelan Kebakaran 1
Pelan Kebakaran 2
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. Terima kasih
Tarikh: 24/03/2011
Hari: Khamis
Masa: 8.45 pagi
Sila rujuk:
Senarai AJK Kebakaran
Garis Panduan dan Peraturan Pelaksanaan Latihan Kebakaran
Pelan Kebakaran 1
Pelan Kebakaran 2
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. Terima kasih
Isnin, Mac 21, 2011
Jemputan Menyertai Anugerah Harta Intelek Negara 2011
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah memperkenalkan anugerah Harta Intelek Negara sejak 2006. Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada perekacipta/pencipta harta intelek atas sumbangan harta intelek mereka dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Sehubungan itu, guru-guru digalakkan mengambil bahagian dengan menggunakan Borang Penyertaan AHIN'11 yang boleh didapati/dimuat turun di laman web http://www.myipo.gov.my/
Tarikh akhir penerimaan penyertaan adalah pada 25 MAC 2011.
Pemberitahuan : Perubahan Waktu Serahan Yuran Pelajar
Perhatian kepada semua guru tingkatan, mulai 21 Mac 2011 waktu serahan yuran pelajar ke pejabat hanyalah pada hari Khamis bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Guru-guru tingkatan juga perlu memastikan tarikh pada resit pelajar sama dengan tarikh pada resit pejabat. Kerjasama anda amatlah dihargai.
Rabu, Mac 16, 2011
Educational Management Information System (EMiS)
Guru-guru SMKTMu yang dihormati,
Anda diminta mengemaskini maklumat EMiS OnLine melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi dengan segera. Maklumat mesti dikemaskini sebelum tamat cuti semester ini. Sebarang masalah, sila berhubung dengan Puan Hajah Rozita. Kerjasama anda amatlah dihargai.
Arahan GPK 1.
Selasa, Mac 15, 2011
Meja Kantin Berinformasi
Diminta semua ketua unit Kurikulum (Panitia), unit HEM dan unit Ko-Ku menyediakan artikel-artikel yang sesuai untuk ditampal di atas meja kantin selepas cuti semester nanti. Serahkan artikel anda kepada setiausaha kantin iaitu Puan Hasnah Seman secepat mungkin. Kerjasama anda amatlah dihargai.
Arahan Tuan Pengetua.
Arahan Tuan Pengetua.
Ahad, Mac 13, 2011
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI 1 - 2011
Tanggal 12 Mac 2011 ( Sabtu) telah berlangsung dengan jayanya LDP pertama bagi tahun 2011 yang bertajuk "Pembentangan Dan Penilaian Blog". Matlamatnya ialah memperluaskan aplikasi ICT dalam P&P , meningkatkan lagi penggunaan blog dalam pengurusan pendidikan dan pentadbiran sekolah dan secara tak langsung meningkatkan lagi penguasaan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pentadbir dan guru-guru.
Majlis anjuran JK LDP , Unit ICT dan JK Innovasi Sekolah , telah dimulai dengan sesi pendaftaran dan diikuti dengan ceramah oleh Tn Haji Zolkaply Bin Yunus yang bertajuk " Halatuju Pembangunan Pembestarian Sekolah", ini disusuli pula dengan Jamuan dan Sambutan Harijadi Guru-Guru( Jan - Mac 2011) di kantin sekolah.
Selepas menikmat jamuan, majlis diteruskan dengan pembentangan blog oleh setiap panitia dan unit pentadbiran sekolah. Penilaian blog telah dibuat oleh barisan pentadbir bagi memilih blog yang paling menarik dan berinfomasi.
Langgan:
Catatan (Atom)