Alhamdulillah, keputusan PMR pada kali ini menunjukkan sedikit peningkatan dari segi peratus yang lulus (meningkat 1.0%) iaitu 52.6% berbanding 51.6% pada tahun yang lalu. Seramai 291 calon telah menduduki PMR 2010 dan calon yang mendapat straight A adalah sebanyak 13 orang berbanding 15 orang pada 2009. "Tahniah" kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat straight A dalam semua matapelajaran. Semoga SMK Tun Mutahir terus gemilang dalam mengeluarkan pelajar-pelajar yang cemerlang pada masa-masa akan datang......


Pemandangan di perkarangan sekolah sebelum keputusan diumumkan. Para pelajar yang ditemani ibu bapa mereka kelihatan tidak sabar menunggu keputusan mereka diumumkan

