Isnin, Februari 29, 2016

KURSUS KEPIMPINAN KOKURIKULUM DAN PENGAWAS SMK TUN MUTAHIR 2016

Program ini diadakan pada hari Sabtu, 27 Februari 2016. Murid-murid yang terlibat telah mendengar ceramah yang disampaiakn oleh pensyarah MSU yang dijemput khas. Selain ceramah, urid-murid yang terlibat didedahkan dengan pelbagai LDK yang berupaya memupuk nilai-nilai kemanusiaan dalam setiap diri mereka.









Ahad, Februari 28, 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK TUN MUTAHIR 2016

Kejohanan Merentas Desa telah diadakan pada 17 Februari 2016. Program ini bermula usai Majlis Pelancaran NBOS 2016 oleh VIP yang diundang khas. Kejohanan ini melibatkan semua guru dan murid SMK Tun Mutahir. Majlis penyampaian hadiah turut diadakan seminggu selepas kejohanan ini. Hadiah-hadiah disampaikan oleh GPK Kokurikulum, En. Muhammad Radhi bin Masah.




CHORAL SPEAKING

Pertandingan Choral Speaking telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 24 Februari 2016. Pertandingan ini dibarisi oleh murid-murid tingkatan dua dan tiga yang terpilih. Pasukan ini dilatih oleh guru-guru bahasa Inggeris SMK Tun Mutahir iaitu Pn. Norlelawati bt. Salleh dan Pn. Ilyani bt. Osman.



TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2016

DISEDIAKAN OLEH : EN. MUHAMMAD IZUAN BIN REJAB

Terima kasih tuan/puan pengacara majlis.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah rabbil alamin wassolatuwassolamu ala ashrafil anbiyar iwar nursolin waala alihi wasibihi aj’main.

Assalamualaikum wb.t. dan selamat sejahtera.

Yang berusaha
Tn. Hj. Nordin bin Adam
Pengetua SMK Tun Mutahir.

Yang berusaha
En. Alias bin Mahpol@ Mohamad
GPK Pentadbiran

Yang berusaha
En. Peong Poh Boon
GPK HEM

Yang berusaha
En. Muhammad Radhi bin Masah
GPK Kokurikulum

Yang berusaha
Tn. Hj. Sajat bin Ahmad
GPK Pendidikan Khas.

Ketua-ketua bidang, guru-guru serta para murid, bunga bangsa sekalian.


Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah hinayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul meraikan majlis nan berbahagia pada pagi ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima kasih kepada pihak sekolah ini yang sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis ini.

Ambil puan letak di para,
Puan berisi emas sekati,
Budi tuan saya tak lupa,
Tetap tersemat di lipatan hati.

Hadirin yang dihormati,

Saya mengucapkan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS), pengawas SPBT dan pengawas Koperasi yang bakal menerima watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Saya yakin, setiap antara mereka yang terpilih ini sudah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih ini mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan komitmen tinggi bagi membimbing rakan-rakan yang lain. Selain itu, dapat berganding bahu bersama-sama guru melunaskan tugas dan tanggungjawab dalam segenap perkara yang dijalankan. Justeru, saya menyeru supaya memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan dan sentiasa mengingatinya semasa memikul tugas dan tanggungjawab itu nanti. Amanah, jujur, ikhlas dan bertanggungjawab perlulah sebati dalam sanubari. Itulah resepi pengawas yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin menyampaikan amanat, sentiasalah memberi kerjasama kepada semua pengawas yang dilantik. Patuhilah segala peraturan dan pesanan guru agar tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha membangunkan infrastruktur dan fasilitas sekolah serta peningkatan akademik bagi meletakkan kecemerlangan sekolah pada platform yang lebih tinggi.

Hadirin sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini menasihatkan semua murid sekolah ini mengutamakan pelajaran. Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan dan sahsiah yang terpuji sahajalah kehidupan masa akan datang akan terjamin. Sesungguhnya ‘pengetahuan itu kuasa’ (knowledge is power).
Pengetahuan sedia ada boleh memudahkan kita membezakan perkara yang baik dan buruk. Berdisipin ketika belajar harus dijadikan amalan.

Saya berdoa semoga SMK Tun mutahir ini sentiasa mendapat kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berpotensi melahirkan insan-insan berguna yang boleh dibanggakan pada masa akan datang. Saya berharap juga, para pentadbir dan guru-guru tidak jemu meneropong ikhtiar melipatgandakan usaha menbetuk nilai-nilai insan dalam diri setiap murid. Kepada murid-murid juga saya mendoakan supaya berjaya dalam setiap peperiksaan yang dijalani.

Sebagai akhir bicara, bersama-samalah berdoa agar sekolah ini cemerlang dalam segala aktiviti akademik, kokurikulum dan mungkin menjadi sekolah contoh di dalam negeri Melaka ini.


Jadi, dengan lafaz Bismillahirrahmaniirahim, saya merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Murid SMK Tun Mutahir bagi tahun 2016. Sekian, terima kasih.

MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2016

Majlis Pelantikan Pemimpin Murid 2016 telah diadakan pada 22 Februari 2016 bersamaan hari Isnin. Majlis yang penuh bermakna ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada semua pengawas am, pengawas PSS, pengawas koperasi dan SPBT yang bersiap sedia menunaikan amanah dengan rasa penuh tanggungjawab membantu meningkatkan kualiti bidang masing-masing. Majlis ini telah dirasmikan oleh DSP Huzaimi bin Othman yang turut menyampaikan beberapa amanat kepada semua murid dan pengawas yang dilantik. Turut diadakan bacaan ikrar oleh ketua pengawas am, Tong Shih Wei dan upacara menyerahkan watikah ikrar mereka kepada pengetua SMK Tun Mutahir.