Rabu, Julai 11, 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan

Pada tanggal 10 Julai 2012, program Senamrobik 1Murid 1Sukan telah dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sempena menyambut bulan kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia. SMK Tun Mutahir juga tidak terkecuali dalam menjayakan program ini. Selain dapat mencergaskan badan, senamrobik ini juga secara langsung dapat menaikkan semangat patriotik di mana sukan dapat menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Cikgu Zali sebagai pengacara majlis

Ustaz Sajat mengetuai bacaan doa sebelum senamrobik dilancarkan

Pelajar-pelajar beragama Islam menadah tangan untuk berdoa

Layar putih disediakan untuk memainkan rentak senamrobik 






Pengetua SMK Tun Mutahir, Tn Hj. Hussin bin Sirun (berbaju merah gelap) juga turun padang  bersama-sama dengan para pentadbir sekolah yang lain.





Gambar-gambar di atas menunjukkan aksi guru-guru dan pelajar-pelajar melakukan pergerakan senamrobik

Pelajar-pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran juga tidak terkecuali  dalam menyertai senamrobik ini

Isnin, Julai 09, 2012

Program Jaya Waris

Pada 5 Julai 2012 yang lalu, SMK Tun Mutahir telah mengadakan Program Jaya Waris iaitu perjumpaan diantara para ibu bapa atau penjaga pelajar dengan guru-guru kelas bagi membincangkan prestasi pelajar di dalam bidang akademik. Program ini telah dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada para ibu bapa pelajar yang sudi menghadirkan diri ke sekolah bagi program Jaya Waris kali ini.









Selasa, Julai 03, 2012

MESYUARAT PROGRAM "HIGH PROFILE POLICING PDRM"

Pada 03 Julai 2012, jam 8.30 pagi  bertempat di Bilik Gerakan, SMK Tun Mutahir, telah berlangsung Mesyuarat PROGRAM "HIGH PROFILE POLICING PDRM" di mana  para Pegawai  PDRM,  barisan Pentadbir, Kaunselor dan Guru Disiplin telah duduk bersama-sama bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan disiplin pelajar.  Berikut adalah gambar-gambar semasa mesyuarat tersebut:-